Netflix menyatakan ‘Anda mempunyai muat turun pada terlalu banyak peranti.'
Anda mungkin menerima kod ralat 10016-23000 atau NQL.23000 dengan mesej:
Anda mempunyai muat turun pada terlalu banyak peranti.
Sila alih keluar muat turun daripada peranti lain atau lawati netflix.com/changeplan untuk mendapatkan pilihan pelan.
Ralat ini yang berlaku pada telefon atau tablet Android atau iPhone atau iPad anda bermaksud anda telah mencapai bilangan peranti muat turun maksimum yang dibenarkan pada pelan Netflix anda. Untuk melihat had semasa anda, akses halaman Urus Peranti Muat Turun anda.
Untuk menyelesaikan masalah, ikut salah satu pilihan ini, kemudian cuba muat turun sekali lagi:
Jika anda perlu asyik melakukan langkah ini untuk menyelesaikan masalah, anda boleh mendaftar keluar sebuah peranti muat turun daripada akaun anda atau menukar pelan Netflix anda kepada pelan yang membenarkan lebih banyak peranti muat turun.