Ralat Netflix 10016-22005

Jika anda menerima ralat ini pada iPhone atau iPad anda, biasanya dengan mesej ini:

Anda perlu mengalih keluar muat turun daripada peranti ini atau peranti lain dalam pelan anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati help.netflix.com. (10016-22005)

Hal ini bermakna anda telah mencapai had jumlah muat turun yang dibenarkan daripada studio atau pengedar. Sesetengah perjanjian lesen studio atau pengedar menetapkan had jumlah muat turun yang dibenarkan pada masa yang sama.

Pemadaman muat turun yang telah anda habis selesai tonton biasanya dapat menyelesaikan ralat ini.

Padamkan satu rancangan TV atau filem

  1. Di bahagian atas kanan, ketik Muat Turun, kemudian ketik rancangan TV atau filem.

  2. Di sebelah episod atau filem yang mengalami masalah, ketik ikon status muat turun .

  3. Ketik Padam Muat Turun.

Padam semua muat turun

  1. Di bahagian bawah kanan, ketik Netflix Saya.

  2. Di bahagian atas kanan, ketik Menu.

  3. Ketik Tetapan Apl.

  4. Ketik Padam Semua Muat Turun, kemudian ketik Padam.

Artikel Berkaitan