Cara menukar kualiti video yang dimuat turun
Netflix menawarkan pilihan kualiti video muat turun yang berlainan untuk memenuhi keperluan anda.
Standard: Rancangan dan filem mengambil masa yang lebih pendek untuk dimuat turun dan menggunakan ruang storan yang kurang. Muat turun akan dimainkan dalam kualiti video resolusi standard (SD).
Tinggi/Lebih Tinggi: Rancangan dan filem memerlukan lebih banyak masa untuk dimuat turun dan menggunakan lebih banyak ruang storan. Muat turun akan dimainkan dalam kualiti video sehingga 1080p atau definisi tinggi (HD).
Perhatian: Sesetengah peranti tidak menyokong tontonan dalam HD. Sesetengah rancangan dan filem tidak tersedia dalam HD.
Untuk menukar tetapan kualiti video muat turun pada telefon atau tablet Android, iPhone atau iPad:
Buka apl Netflix.
Di bahagian bawah kanan, ketik Netflix Saya
.Pada bahagian atas, ketik nama profil.
Ketik Tetapan Apl
.Ketik Kualiti Video yang Dimuat Turun atau Kualiti Video
. Pilih sama ada Standard atau Tinggi/Lebih Tinggi.
Perhatian: Tetapan ini tidak boleh ditukar pada peranti Android dan Fire yang tidak menyokong paparan dalam HD.