Perihalan Audio untuk rancangan atau filem

Perihalan Audio ialah penceritaan pilihan yang menerangkan aktiviti yang berlaku pada skrin, termasuk tindakan fizikal, riak wajah, kostum, tetapan dan perubahan adegan.

  • Perihalan audio tersedia untuk kebanyakan tajuk asli Netflix serta pelbagai rancangan dan filem yang lain. Kami sentiasa bekerjasama dengan studio untuk menyediakan perihalan audio untuk lebih banyak tajuk.

  • Lihat semua tajuk yang tersedia dengan Perihalan Audio atau cari lencana Perihalan Audio Audio Description logo pada halaman butiran tajuk. Anda juga boleh mencari tajuk dengan Perihalan Audio terus di Netflix untuk melihat semua tajuk yang tersedia (contohnya, "Perihalan Audio dalam Bahasa Inggeris").

  • Sesetengah rancangan tidak menyediakan Perihalan Audio bagi semua musim atau episod.

Menghidupkan atau mematikan Perihalan Audio:

  1. Buka Netflix dan mula mainkan rancangan TV atau filem.

  2. Ambil tindakan yang disenaraikan bagi peranti anda:

Peranti

Aksi

Telefon bimbit atau tablet, komputer

Ketik atau klik pada skrin

TV Pintar, pemain Blu-ray, kotak kabel, sistem permainan, pemain media penstriman

Tekan anak panah ke atas atau ke bawah pada alat kawalan jauh.

Apple TV

Leret ke atas atau tekan anak panah ke atas pada alat kawalan jauh Apple TV anda.

3. Di bahagian atas atau bawah skrin, pilih Audio & Sari Kata. Pada TV, pilihan bahasa mungkin dipaparkan di bahagian bawah tanpa ikon. Anda boleh memilih daripada bahasa yang ditunjukkan atau memilih Lain-lain untuk melihat semua pilihan bahasa.

4. Buat perubahan pada pilihan audio atau sari kata anda.

Perhatian:Pilihan sari kata dan audio tidak disimpan semasa menonton kebanyakan tajuk Kanak-kanak melalui profil dewasa. Pilihan tersebut disimpan semasa menonton melalui profil Kanak-kanak. Jika anda perlu menetapkan semula audio anda setiap kali anda cuba membuat tontonan, mainkan tajuk dengan klasifikasi kematangan Remaja atau lebih tinggi selama 2-3 minit untuk menetapkan bahasa audio pilihan anda. Langkah ini akan menyimpan tetapan anda untuk tontonan masa hadapan.

Pilih audio yang mempunyai Perihalan Audio dalam tajuk untuk menghidupkannya atau audio yang tidak mempunyai pilihan tersebut untuk mematikannya.

Artikel Berkaitan