Perihalan Audio tidak dapat dimatikan

Jika anda tidak dapat mematikan Perihalan Audio, hal ini biasanya bermaksud tetapan pada peranti anda perlu ditukar.

Untuk menyelesaikan masalah, ikut langkah untuk peranti anda.

  1. Pada skrin utama peranti anda, ketik Tetapan.

  2. Ketik Umum > Kebolehaksesan > Perihalan Audio.

  3. Tukar tetapan kepada Dimatikan.

  4. Kembali ke apl Netflix dan mula memainkan filem atau rancangan TV.

  5. Semasa filem atau rancangan TV dimainkan, leret ke bawah pada alat kawalan jauh Apple TV.

  6. Ketik Audio di bahagian bawah kanan.

  7. Pilih pilihan yang tidak mengandungi Perihalan Audio.

  8. Keluar dari skrin dengan mengetik X.

  9. Mainkan filem atau rancangan TV anda sekurang-kurangnya 5 minit untuk menyimpan tetapan ini pada profil Netflix anda.

  1. Pada skrin utama peranti anda, ketik Tetapan.

  2. Ketik Kebolehaksesan > Perihalan Audio.

  3. Pastikan tetapan Perihalan Audio dimatikan.

  4. Kembali ke apl Netflix dan mula memainkan filem atau rancangan TV.

  5. Semasa filem atau rancangan TV dimainkan, ketik mana-mana pada skrin peranti iOS.

  6. Ketik Audio & Sari Kata di bahagian bawah skrin.

  7. Dalam bahagian Audio, pastikan pilihan audio yang anda pilih tidak mengandungi Perihalan Audio.

  8. Keluar dari skrin dengan mengetik X.

  9. Mainkan filem atau rancangan TV anda sekurang-kurangnya 5 minit untuk menyimpan tetapan anda.

Kami sedang menyiasat masalah ini. Untuk membantu kami membuat siasatan, hubungi kami.

Artikel Berkaitan