Ralat Netflix 10016-22002
Jika anda menerima ralat ini pada iPhone, iPad atau iPod touch anda, biasanya dengan mesej ini:
Terdapat masalah dengan muat turun ini. (10016-22002)
Hal ini bermaksud anda telah mencapai had muat turun yang dibenarkan bagi peranti anda pada masa yang sama. Anda boleh mempunyai sehingga 100 muat turun pada satu peranti pada masa yang sama.
Ikut langkah berikut untuk memadamkan beberapa muat turun dan cuba lagi.
Padamkan satu rancangan TV atau filem
Di bahagian atas kanan, ketik Muat Turun, kemudian ketik rancangan TV atau filem.
Di sebelah episod atau filem yang mengalami masalah, ketik ikon status muat turun .
Ketik Padamkan Muat Turun.
Padam semua muat turun
Di bahagian bawah kanan, ketik Netflix Saya.
Di bahagian atas kanan, ketik Menu.
Ketik Tetapan Apl.
Ketik Padamkan Semua Muat Turun, kemudian ketik Padam.