Ralat Netflix M7034

Jika anda menghadapi kod ralat M7034 pada komputer anda, biasanya disertakan dengan mesej berikut:

Maaf, kesilapan telah berlaku...
Ralat Tidak Dijangka
Terdapat ralat yang tidak dijangka. Sila muatkan semula halaman dan cuba lagi.

Masalah ini biasanya disebabkan isu kesambungan rangkaian yang menghalang komputer anda daripada mencapai perkhidmatan Netflix. Ikut langkah penyelesaian masalah berikut untuk menyelesaikan masalah.

Mulakan semula rangkaian rumah anda

Untuk langkah ini, pastikan anda membiarkan komputer anda dimatikan dan semua peralatan rangkaian rumah anda dicabut palam selama 30 saat sebelum memasang masuk semula setiap peranti satu demi satu.

  1. Matikan komputer anda.

  2. Cabut palam modem anda (dan penghala wayarles anda, jika merupakan peranti yang berasingan) daripada kuasa selama 30 saat.

  3. Pasang masuk modem anda dan tunggu sehingga lampu penunjuk kembali kepada keadaan asal. Jika penghala berasingan daripada modem anda, pasang masuk penghala dan tunggu sehingga lampu penunjuk kembali kepada keadaan asal.

  4. Hidupkan semula komputer anda dan cuba Netflix sekali lagi.

Pulihkan tetapan sambungan lalai anda

Jika anda telah menukar tetapan sambungan pada peranti anda, anda perlu menukar semula tetapan kepada lalai.

Tetapan tersebut mungkin termasuk:

  • Tetapan modem tersuai.

  • Rangkaian Persendirian Maya (VPN) atau tetapan perkhidmatan proksi.

  • Tetapan DNS tersuai.

Jika anda memerlukan bantuan untuk menukar tetapan ini, hubungi pengeluar peranti.

Setelah anda menetapkan semula tetapan tersebut, cuba Netflix sekali lagi.

Menambah baik isyarat Wi-Fi anda

Untuk menambah baik Wi-Fi anda:

  • Alihkan penghala dan peranti anda agar lebih dekat antara satu sama lain. Jika boleh, letakkan di dalam bilik yang sama.

  • Alihkan penghala anda daripada peranti dan alatan wayarles lain.

  • Letakkan penghala anda di ruang terbuka dan bukan di atas permukaan lantai. Penghala mendapat penerimaan yang lebih baik apabila berada di atas meja atau rak buku.

Hubungi penyedia perkhidmatan Internet anda

Jika langkah ini tidak menyelesaikan masalah, hubungi penyedia perkhidmatan Internet (ISP) anda untuk mendapatkan bantuan penyelesaian masalah sambungan rangkaian.

ISP anda boleh:

  • Menyemak gangguan Internet di kawasan anda.

  • Menyelesaikan masalah penghala atau modem yang biasa dan tetapan rangkaian yang salah.

  • Memulakan semula atau menetapkan semula sambungan rangkaian anda.

Semasa bercakap dengan ISP anda, beritahu mereka:

  • Sama ada masalah hanya berlaku pada satu peranti atau peranti lain pada rangkaian yang sama.

  • Sama ada peranti anda bersambung menggunakan Wi-Fi atau menggunakan kabel secara terus.

Sebelum anda menamatkan perbualan dengan ISP anda:

  • Dengan menggunakan penyemak imbas, pergi ke fast.com untuk menguji kelajuan Internet dan sambungan anda secara terus ke Netflix.

  • Cuba mainkan Netflix sekali lagi untuk memastikan masalah sudah diselesaikan.

Artikel Berkaitan