Netflix menyatakan 'Terdapat masalah memainkan video ini. (5.3)'
Jika anda melihat ralat pada telefon atau tablet Android anda yang menyatakan
Terdapat masalah memainkan video. Sila cuba lagi. (5.3)
Hal ini biasanya disebabkan maklumat yang disimpan pada peranti anda perlu disegar semula. Ikut langkah penyelesaian masalah berikut untuk menyelesaikan masalah.
Matikan dan hidupkan semula peranti anda
Matikan telefon atau tablet anda. Pastikan peranti dimatikan, bukan hanya dikunci.
Hidupkannya semula.
Cuba Netflix sekali lagi.