Sari kata tidak akan dimatikan

Jika anda menonton rancangan TV atau filem yang diterbitkan di rantau lain, anda mungkin tidak dapat mematikan sari kata. Sesetengah tajuk mungkin memaparkan sari kata dalam bahasa utama rantau anda secara lalai.

Jika anda melihat pilihan untuk mematikan sari kata tetapi tidak dapat melumpuhkan sari kata, ikut langkah penyelesaian masalah berikut.

Tajuk kanak-kanak

Jika anda perlu mematikan sari kata anda setiap kali anda cuba menonton rancangan TV atau filem Kanak-kanak, mainkan tajuk dengan klasifikasi kematangan Remaja atau lebih tinggi yang ditetapkan kepada bahasa sari kata pilihan anda. Langkah ini akan menyimpan tetapan anda untuk tontonan masa hadapan.

Apple TV 2 atau Apple TV 3

  1. Lancarkan apl Netflix.

  2. Pilih rancangan TV atau filem.

  3. Semasa rancangan TV atau filem anda sedang dimainkan, tekan butang pusat pada alat kawalan jauh Apple TV anda.

  4. Pilih audio atau sari kata pilihan anda.

  5. Benarkan rancangan TV atau filem dimainkan sekurang-kurangnya separuh daripada tempoh tayangan. Langkah ini akan menyimpan tetapan anda untuk tontonan masa hadapan.

TV Pintar Samsung

Jika penukaran pilihan sari kata anda kepada Tiada pada TV Pintar Samsung 2011 atau 2012 anda tidak mematikan sari kata, kami mengesyorkan agar anda menggunakan peranti lain untuk menstrim Netflix. Memandangkan masalah ini hanya berlaku pada versi apl Netflix yang lebih lama, anda hanya dapat melaraskan tetapan sari kata anda menggunakan peranti alternatif.

Xbox 360

Jika anda telah mematikan sari kata pada apl Netflix tetapi anda masih melihat sari kata, terdapat kemungkinan sari kata dilaraskan pada Xbox 360 anda sendiri. Untuk melumpuhkan sari kata:

  1. Pilih Tetapan.

  2. Pilih Sistem.

  3. Pilih Tetapan Konsol.

  4. Pilih Paparan.

  5. Pilih Penyarikataan Tertutup.

  6. Pilih Matikan.

  7. Simpan tetapan anda dan keluar, kemudian cuba tonton rancangan TV atau filem anda sekali lagi.

Xbox One

Jika anda telah mematikan sari kata pada apl Netflix tetapi anda masih melihat sari kata, terdapat kemungkinan sari kata masih dilaraskan pada Xbox One anda. Untuk melumpuhkan sari kata:

  1. Pilih Tetapan.

  2. Pilih Kemudahan Capaian.

  3. Pilih Penyarikataan Tertutup.

  4. Pilih Penyarikataan Tertutup Dimatikan.

  5. Simpan tetapan anda dan keluar, kemudian cuba tonton rancangan TV atau filem anda sekali lagi.

Semua peranti lain

Kami sedang menyiasat masalah ini. Untuk membantu kami membuat siasatan, hubungi kami.

Artikel Berkaitan