Netflix menyatakan 'Terdapat masalah memainkan video. (1.1)'

Jika anda melihat ralat pada telefon atau tablet Android anda yang menyatakan

Terdapat masalah memainkan video. Sila cuba lagi. (1.1)

Hal ini biasanya disebabkan maklumat yang disimpan pada peranti anda perlu disegar semula. Ikut langkah penyelesaian masalah berikut untuk menyelesaikan masalah.

  1. Menggunakan komputer, telefon atau tablet, sambungkan kepada rangkaian atau Wi-Fi sama yang disambungkan kepada peranti yang menghadapi masalah.

  2. Buka penyemak imbas web dan pergi ke netflix.com/clearcookies.

  3. Di bahagian atas kanan, klik Daftar Masuk.

  4. Daftar masuk ke akaun Netflix anda.

    • Jika anda menerima ralat NSEZ-403, hal ini bermakna kami tidak dapat menyambungkan akaun anda kepada Netflix buat masa ini. Cuba lagi kemudian.

    • Jika anda tidak menerima ralat, teruskan ke langkah seterusnya.

Jika anda mengosongkan data apl Netflix anda, mana-mana rancangan TV dan filem yang anda muat turun pada peranti anda akan dialih keluar Anda juga akan didaftar keluar daripada akaun anda. Pastikan anda mempunyai kata laluan anda.

  1. Cari apl Netflix pada peranti Android anda.

  2. Ketik dan tahan ikon apl, kemudian ketik Maklumat apl.

  3. Ketik Storan & cache > Kosongkan storan > OK.

  4. Cuba Netflix sekali lagi.

Perhatian: Langkah sebenar mungkin berbeza bagi peranti anda. Semak manual peranti anda atau hubungi syarikat pengeluar peranti tersebut untuk mendapatkan arahan terkini.

Jika anda menyahpasang Netflix, mana-mana rancangan TV atau filem yang anda muat turun pada peranti anda akan dialih keluar. Anda juga akan didaftar keluar daripada akaun anda. Pastikan anda mempunyai kata laluan anda.

  1. Daripada telefon atau tablet Android anda, buka halaman Netflix di Play Store.

  2. Ketik Nyahpasang, kemudian Pasang.

  3. Cuba Netflix sekali lagi.

Artikel Berkaitan