Netflix menyatakan 'Terdapat masalah memainkan video ini. (1.20)'

Jika anda melihat ralat pada telefon atau tablet Android anda yang menyatakan

Terdapat masalah memainkan video. Sila cuba lagi. (1.20)

Hal ini biasanya bermaksud maklumat yang disimpan pada peranti anda perlu disegar semula. Ikut langkah penyelesaian masalah berikut untuk menyelesaikan masalah.

Tablet with power icon indicating turn off process

  1. Matikan telefon atau tablet anda. Pastikan peranti dimatikan, bukan hanya dikunci.

  2. Hidupkannya semula.

  3. Cuba Netflix sekali lagi.

  1. Buka apl Netflix.

  2. Di bahagian bawah kanan, ketik Netflix Saya.

  3. Di bahagian atas kanan, ketik Menu.

  4. Ketik Daftar Keluar, kemudian ketik Daftar Keluar untuk membuat pengesahan.

  5. Daftar masuk semula ke Netflix anda, kemudian cuba lagi.

Jika anda mengosongkan data apl Netflix anda, mana-mana rancangan TV dan filem yang anda muat turun pada peranti anda akan dialih keluar Anda juga akan didaftar keluar daripada akaun anda. Pastikan anda mempunyai kata laluan anda.

  1. Cari apl Netflix pada peranti Android anda.

  2. Ketik dan tahan ikon apl, kemudian ketik Maklumat apl.

  3. Ketik Storan & cache > Kosongkan storan > OK.

  4. Cuba Netflix sekali lagi.

Perhatian: Langkah sebenar mungkin berbeza bagi peranti anda. Semak manual peranti anda atau hubungi syarikat pengeluar peranti tersebut untuk mendapatkan arahan terkini.

Artikel Berkaitan