Rancangan TV atau filem terlalu gelap

Jika rancangan TV atau filem tidak cukup cerah, anda mungkin perlu menukar tahap kecerahan atau tetapan Julat Dinamik Tinggi (HDR) pada peranti anda.

1. Ketik skrin semasa rancangan TV atau filem sedang dimainkan.

2. Luncurkan penunjuk kecerahan ke atas atau ke bawah.

Anda juga boleh menukar kecerahan skrin dengan meleret ke bawah dari bahagian atas skrin dan melaraskan gelangsar kecerahan.

Jika anda melanggan pelan Premium dan menggunakan peranti yang serasi dengan HDR:

  1. Buka apl Netflix dan pilih profil.

  2. Pada bahagian bawah kanan, ketik Netflix Saya .

  3. Pada bahagian atas kanan, ketik Menu .

  4. Ketik Tetapan Apl .

  5. Di sebelah Main Balik HDR , ketik suis togol untuk menghidupkan atau mematikan HDR.

  6. Teruskan menonton Netflix.

Langkah untuk menukar tetapan kecerahan atau HDR selalunya berbeza-beza mengikut setiap jenama dan jenis peranti.

Untuk mengetahui langkahnya:

  • Semak manual atau arahan yang disertakan bersama peranti anda.

  • Hubungi pengeluar peranti atau cari pada laman web pengeluar untuk mendapatkan bantuan.

Perhatian: Oleh sebab langkah berbeza-beza mengikut setiap peranti, Khidmat Pelanggan Netflix tidak dapat membantu dalam perkara ini.

Jika anda melanggan pelan Premium dan menggunakan peranti yang serasi dengan HDR:

  1. Buka apl Netflix, kemudian pilih profil.

  2. Daripada skrin utama Netflix, tekan butang kembali pada alat kawalan anda untuk pergi ke menu.

  3. Jika menu berada di bahagian atas: Pergi ke sebelah kiri ikon profil anda, pilih Dapatkan Bantuan, kemudian Video.

    Jika menu berada di sebelah kiri: Pada bahagian bawah, pilih Dapatkan Bantuan, kemudian Video.

  4. Pilih HDR Dihidupkan atau HDR Dimatikan.

  5. Sambung semula menonton Netflix.

Sesetengah TV tidak mempunyai pilihan togol dalam Netflix walaupun serasi dengan HDR.

Jika penukaran tetapan kecerahan atau HDR tidak menyelesaikan masalah, hubungi Khidmat Pelanggan Netflix untuk mendapatkan bantuan lanjut.

Artikel Berkaitan