Ralat Netflix tvq-cs-102

Jika anda menghadapi kod ralat tvq-cs-102, biasanya masalah ini disertakan dengan mesej berikut:

Alamat e-mel ini telah digunakan.
Anda mungkin mempunyai akaun lain yang menggunakan e-mel ini.

Hal ini bermaksud alamat e-mel anda telah digunakan pada akaun Netflix. Ikut langkah penyelesaian masalah berikut untuk menyelesaikan masalah.

Anda mungkin tersilap membuka akaun kedua dengan menaipkan e-mel yang salah atau mendaftar masuk menggunakan alamat e-mel yang berbeza.

  1. Lawati netflix.com/loginhelp.

  2. Buat pilihan untuk menetapkan semula kata laluan anda melalui E-mel.

  3. Masukkan alamat e-mel anda dan pilih E-mel Saya.

    • Jika anda menerima e-mel tetapan semula kata laluan, maka anda mungkin mempunyai akaun duplikasi. Sila hubungi kami untuk bantuan lanjut.

    • Jika anda melihat ralat yang menyatakan “Tiada akaun ditemui untuk alamat e-mel ini”, teruskan dengan penyelesaian masalah berikut.

Anda dapat menambahkan alamat e-mel yang berbeza pada profil dengan Semua Klasifikasi Kematangan untuk menerima cadangan diperibadikan dan komunikasi lain daripada Netflix.

Anda perlu menyingkirkan alamat e-mel anda daripada profil sedia ada sebelum anda boleh menambahkan amat e-mel tersebut pada profil yang berbeza.

Untuk menyingkirkan alamat e-mel anda daripada profil:

  1. Daftar masuk ke Akaun anda.

  2. Pilih Profil, kemudian pilih profil.

  3. Pilih E-mel.

  4. Klik Padamkan alamat e-mel.

Jika anda telah melengkapkan langkah di atas tetapi masih tidak dapat menukar e-mel akaun anda, sila hubungi kami untuk mendapatkan bantuan.

Artikel Berkaitan