Cara idea disampaikan kepada Netflix

Jika anda mempunyai idea bagi rancangan, filem, permainan atau projek lain, anda mungkin ingin tahu cara menyampaikannya kepada Netflix. Pertama sekali, terima kasih atas minat anda terhadap kandungan Netflix! Malangnya, kami tidak boleh dan tidak menerima atau menyemak bahan (sama ada manuskrip, pengolahan, skrip, lukisan, idea, gambar unikorn yang berwarna pelangi, dsb.) yang bukan kami minta secara khususnya.

Menyampaikan idea kepada Netflix

Jika anda mempunyai idea, permainan, skrip, lakon layar atau pengeluaran yang sedang dibangunkan yang ingin anda sampaikan kepada Netflix, anda mestilah bekerjasama dengan ejen, penerbit, peguam, pengurus atau eksekutif industri berdaftar yang sudah menjalinkan perhubungan dengan Netflix, mengikut kesesuaian. Kami tidak dapat berkongsi rujukan bagi sumber ini.

Jika anda tidak mempunyai mana-mana sumber ini, Netflix tidak akan dapat menerima penyerahan tanpa diminta daripada anda.

Sumber idea Netflix untuk mencipta atau membeli kandungan

Netflix menggunakan semua kaedah berikut untuk mencari kandungan baharu untuk dibeli atau dicipta:

  • Netflix mempunyai sekumpulan eksekutif dan pembeli kreatif yang menerima cadangan kandungan.

  • Netflix mempunyai perhubungan yang telah lama terikat dengan komuniti kreatif dan agensi bakat yang mencadangkan idea bagi projek.

  • Netflix boleh membeli karya yang telah disunting semasa festival filem atau di tempat lain yang telah ditetapkan.

  • Netflix boleh menjanakan idea secara dalaman dan mengupah orang yang kreatif untuk membangunkan idea tersebut.

Artikel Berkaitan