Netflix menyatakan 'Terdapat masalah dengan muat turun ini. (DLST.N1009)'

Jika anda melihat ralat yang menyatakan

Terdapat masalah dengan muat turun ini. (DLST.N1009)

Hal ini biasanya disebabkan maklumat yang disimpan pada telefon atau tablet Android anda perlu disegar semula. Ikut langkah penyelesaian masalah berikut untuk menyelesaikan masalah.

Kosongkan data apl Netflix

Jika anda mengosongkan data apl Netflix anda, mana-mana rancangan TV dan filem yang anda muat turun pada peranti anda akan dialih keluar Anda juga akan didaftar keluar daripada akaun anda. Pastikan anda mempunyai kata laluan anda.

  1. Cari apl Netflix pada peranti Android anda.

  2. Ketik dan tahan ikon apl, kemudian ketik Maklumat apl.

  3. Ketik Storan & cache > Kosongkan storan > OK.

  4. Cuba Netflix sekali lagi.

Perhatian: Langkah sebenar mungkin berbeza bagi peranti anda. Semak manual peranti anda atau hubungi syarikat pengeluar peranti tersebut untuk mendapatkan arahan terkini.

Artikel Berkaitan