Ralat Netflix U7361-1253-C00D6D79

Jika anda menghadapi kod ralat U7361-1253-C00D6D79 pada komputer atau tablet Windows 10 anda, masalah ini biasanya disertakan dengan mesej berikut:

Maaf, kesilapan telah berlaku...
Kami menghadapi masalah untuk memainkan tajuk ini sekarang. Sila cuba lagi kemudian atau pilih tajuk lain.

Hal ini biasanya disebabkan masalah dengan tajuk yang cuba dimainkan. Ikut langkah penyelesaian masalah berikut untuk menyelesaikan masalah.

Adakah anda sedang memuat turun tajuk?

Jika tajuk yang cuba anda mainkan sedang dimuat turun secara aktif pada komputer atau tablet anda, tunggu sehingga muat turun selesai sebelum anda cuba memainkan semula tajuk.

Jika tajuk yang cuba anda mainkan tidak dimuat turun secara aktif, teruskan penyelesaian masalah di bawah.

Alih keluar tajuk daripada muat turun anda

Anda mungkin cuba menstrim tajuk yang tidak berjaya dimuat turun. Untuk menyelesaikan masalah ini, alih keluar tajuk daripada muat turun anda, kemudian cuba strim sekali lagi.

  1. Klik atau ketik ikon Menu .

  2. Pilih Muat Turun Saya.

  3. Klik atau ketik ikon edit ikon pen di sudut atas kanan skrin anda.

  4. Klik atau ketik ikon padam ikon tong sampah untuk mengalih keluar tajuk daripada peranti anda.

  5. Cuba strim semula tajuk tersebut.

Nyahpasang dan pasang semula apl Netflix

Tindakan menyahpasang apl Netflix akan memadamkan tajuk yang telah dimuat turun pada komputer atau tablet anda.

Nyahpasang apl Netflix

Perhatian:
Tindakan menyahpasang apl Netflix akan memadamkan tajuk yang anda muat turun pada peranti.
  1. Daripada menu Mula, taipkan Netflix.

  2. Klik kanan atau ketik dan tahan pada apl Netflix.

  3. Pop timbul akan dipaparkan. Pilih Nyahpasang.

  4. Pilih Nyahpasang sekali lagi.

Pasang semula apl Netflix

  1. Daripada menu Mula, pilih Kedai.

  2. Pilih Cari dari sudut atas kanan skrin.

  3. Taipkan Netflix dalam kotak carian dan tekan kekunci Enter.

  4. Pilih Netflix daripada hasil carian.

  5. Pilih Pasang.

    • Jika anda digesa untuk mendaftar masuk, daftar masuk dengan maklumat Microsoft anda.

  6. Setelah pemasangan selesai, lancarkan apl dan cuba Netflix sekali lagi.

Artikel Berkaitan