Netflix menyatakan 'Maaf, kesilapan telah berlaku. (-1200)'

Jika anda melihat mesej ralat pada iPhone, iPad atau iPod touch anda yang menyatakan

Maaf, kesilapan telah berlaku. Sila cuba lagi kemudian.
Tidak dapat memainkan tajuk. Sila cuba lagi kemudian. (-1200)

Hal ini biasanya disebabkan maklumat yang disimpan pada peranti perlu disegar semula. Ikut langkah penyelesaian masalah berikut untuk menyelesaikan masalah.

Semak tetapan tarikh dan masa
  1. Ketik ikon Tetapan pada skrin Utama.

  2. Ketik Umum.

  3. Ketik Tarikh & Masa.

    • Jika tarikh dan masa tidak betul, ketik tarikh atau masa untuk membuat pelarasan atau togol medan Tetapkan Secara Automatik kepada Hidup.

Artikel Berkaitan