Cara mendapatkan peringatan tentang rancangan TV atau filem yang akan datang

Di Netflix, anda boleh melihat tarikh keluaran akan datang untuk rancangan TV atau filem dengan pilihan Ingatkan Saya. Pilihan Ingatkan Saya anda boleh dilihat pada baris Peringatan Yang Anda Tetapkan dalam Netflix Saya jika anda menonton pada TV atau peranti mudah alih. Anda juga boleh mencari tajuk untuk mengetahui jika peringatan telah ditetapkan. Pilih tanda semak untuk mematikan peringatan apabila tajuk tersedia untuk ditonton.

Apabila tajuk tersedia untuk ditonton, anda akan melihat pemberitahuan di Netflix, menerima e-mel dan tajuk akan dipaparkan dalam Senarai Saya.

Mengapakah tajuk tidak tersedia pada tarikh yang dijangka?

Tarikh keluaran mungkin berubah disebabkan penangguhan penerbitan video atau proses memuktamadkan kontrak pelesenan. Jika hal ini berlaku, tajuk akan dipaparkan semula sebaik sahaja Netflix mengenal pasti tarikh keluaran baharu. Jika sebelum ini anda memilih untuk menerima peringatan tentang tarikh keluaran, maka tajuk itu akan dipaparkan dalam Senarai Saya sebaik sahaja tajuk dikeluarkan.

Artikel Berkaitan