Netflix menyatakan 'Maaf, kami tidak dapat mencapai perkhidmatan Netflix. (-1007)'
Jika anda melihat ralat pada telefon atau tablet Android anda yang menyatakan
Maaf, kami tidak dapat mencapai perkhidmatan Netflix. Sila cuba lagi kemudian. (-1007).
Masalah ini biasanya disebabkan isu kesambungan rangkaian yang menghalang peranti daripada mencapai perkhidmatan Netflix. Ikut langkah penyelesaian masalah berikut untuk menyelesaikan masalah.
Menggunakan komputer atau peranti mudah alih yang berlainan, sambung kepada Wi-Fi atau rangkaian yang sama dengan peranti yang menghadapi masalah.
Buka penyemak imbas web, kemudian pergi ke netflix.com/clearcookies dan daftar masuk ke akaun Netflix anda.
Jika anda menerima ralat NSEZ-403, hal ini bermakna kami tidak dapat menyambungkan akaun anda kepada perkhidmatan Netflix buat masa ini. Sila cuba lagi kemudian.
Jika anda tidak menerima ralat pada penyemak imbas anda semasa melakukan langkah ini, maka mungkin terdapat masalah yang berlainan. Hubungi kami untuk mendapatkan bantuan lanjut.