Cara menggunakan 'Senarai Saya'

Anda boleh mencipta senarai tontonan Rancangan TV dan Filem dengan menambahkan pilihan anda pada Senarai Saya. Pada peranti mudah alih yang serasi, anda juga boleh menambahkan permainan pada Senarai Saya.

Untuk menambah pada Senarai Saya
Untuk mengalih keluar daripada Senarai Saya
Untuk melihat Senarai Saya
Perihal Senarai Saya

TV atau peranti penstriman

  1. Pilih rancangan TV atau filem.

  2. Pergi ke Tambahkan pada Senarai Saya pada bahagian bawah, kemudian pilih rancangan TV atau filem.

Telefon atau tablet Android, iPhone atau iPad

Ketik rancangan TV, filem atau permainan, kemudian ketik ikon Senarai Saya .

Penyemak imbas web

Tuding kursor anda pada rancangan TV atau filem, kemudian klik ikon Tambahkan pada Senarai Saya .

TV atau peranti penstriman

  1. Pada skrin utama Netflix, pergi ke kiri untuk membuka menu.

  2. Pilih Senarai Saya, kemudian pilih rancangan TV atau filem.

  3. Pergi ke Alih Keluar daripada Senarai Saya pada bahagian bawah, kemudian pilih rancangan TV atau filem.

Telefon atau tablet Android, iPhone atau iPad

  1. Buka apl Netflix.

  2. Di bahagian bawah kanan, ketik Netflix Saya ikon netflix saya.

  3. Ketik Senarai Saya, kemudian ketik Rancangan TV & Filem atau Permainan.

  4. Di bahagian atas kanan, ketik Edit , kemudian ketik Padam di sebelah mana-mana tajuk.

Penyemak imbas web

  1. Pada bahagian atas skrin, klik Senarai Saya.

  2. Tuding kursor anda pada rancangan TV atau filem, kemudian klik ikon Alih Keluar daripada Senarai Saya .

TV atau peranti penstriman

  1. Pada skrin utama Netflix, pergi ke kiri untuk membuka menu.

  2. Pergi ke Senarai Saya pada bahagian bawah, kemudian buat pilihan.

Telefon atau tablet Android, iPhone atau iPad

  1. Buka apl Netflix.

  2. Di bahagian bawah kanan, ketik Netflix Saya ikon netflix saya.

  3. Ketik Senarai Saya, kemudian ketik Rancangan TV & Filem atau Permainan.

Penyemak imbas web

Pada bahagian atas skrin, klik Senarai Saya.

Anda boleh menambahkan maksimum 2,000 rancangan TV dan filem pada Senarai Saya pada profil Netflix anda.

Tajuk dalam Senarai Saya disenaraikan mengikut susunan dan dimulakan dengan yang paling relevan dengan anda. Tajuk dianggap relevan kepada anda jika:

  • Anda menambahkan tajuk tersebut pada Senarai Saya baru-baru ini.

  • Musim baharu tersedia untuk rancangan dalam Senarai Saya.

  • Tajuk dalam Senarai Saya akan dialih keluar daripada Netflix tidak lama lagi.

Tajuk dalam Senarai Saya tidak akan dipaparkan jika:

  • Tajuk tersebut dialih keluar daripada Netflix dan tidak tersedia lagi.

  • Anda mengalih keluar tajuk tersebut.

  • Anda melakukan perjalanan ke rantau yang tidak menyediakan tajuk tersebut pada Netflix.

    Perhatian:
    Tajuk ini akan dipaparkan semula dalam Senarai Saya apabila anda kembali atau jika tajuk itu tersedia di rantau semasa anda.

Pada telefon atau tablet Android, iPhone atau iPad anda boleh:

  • Menapis tajuk mengikut Rancangan TV, FilemBelum Dimulakan atau Telah Dimulakan.

  • Tukar susunan tajuk dalam Senarai Saya mengikut Cadangan (atau Padanan Terbaik), Tarikh Ditambahkan pada Senarai, A - Z atau Tarikh Keluaran.

    Perhatian:
    Susunan permainan dalam Senarai Saya tidak boleh ditukar.

Artikel Berkaitan