Ralat Netflix 15001

Jika anda menghadapi kod ralat 15001 apabila cuba membuka apl Netflix pada telefon atau tablet Android anda, hal ini biasanya disebabkan sesetengah maklumat pada peranti perlu disegar semula. Selain itu, peranti anda mungkin memerlukan kemas kini perisian. Ikut langkah penyelesaian masalah berikut untuk menyelesaikan masalah.

Jika tetapan tarikh atau masa tidak sepadan dengan waktu semasa dan lokasi anda, hal ini boleh menyebabkan Netflix berhenti berfungsi.

  1. Buka tetapan Android.

  2. Cari Tarikh & masa.

  3. Pastikan masa dan tarikh ditetapkan kepada automatik atau gunakan masa/zon waktu yang disediakan oleh rangkaian.

  4. Cuba Netflix sekali lagi.

Tablet with power icon indicating turn off process

  1. Matikan telefon atau tablet anda. Pastikan peranti dimatikan, bukan hanya dikunci.

  2. Hidupkannya semula.

  3. Cuba Netflix sekali lagi.

Anda boleh mengemas kini OS (sistem operasi) peranti Android anda dalam apl Tetapan. Lawati halaman sokongan Google untuk mengetahui langkah atau menyelesaikan masalah.

Langkah ini mungkin mengalih keluar apl, data atau tetapan yang disimpan pada peranti anda. Sebelum anda meneruskan proses, pastikan anda menyediakan nama dan kata laluan Wi-Fi anda serta maklumat pendaftaran masuk Netflix.

Untuk menyelesaikan masalah ini, anda perlu menghubungi syarikat yang mengeluarkan peranti anda.

Semasa anda bercakap dengan mereka, minta bantuan mereka bagi langkah-langkah ini. Selepas setiap langkah, cuba Netflix sekali lagi untuk menyemak jika langkah tersebut dapat menyelesaikan masalah.

  1. Kemas kini perisian tegar atau perisian peranti anda kepada versi terkini.

  2. Pulihkan peranti anda kepada tetapan asal, sepertimana anda mula-mula mendapat peranti tersebut.

Jika mereka tidak dapat menyelesaikan masalah atau langkah ini tidak berjaya, anda perlu menggunakan peranti lain untuk menonton Netflix.

Artikel Berkaitan