Netflix menyatakan 'Peranti ini tidak dioptimumkan untuk Netflix. (5001)'
Jika anda melihat ralat yang menyatakan
'Peranti ini tidak dioptimumkan untuk Netflix. (5001)'
Hal ini bermaksud peranti yang anda gunakan belum disahkan oleh Netflix, oleh itu anda mungkin menghadapi masalah tontonan. Untuk mendapatkan pengalaman Netflix yang terbaik, kami mengesyorkan anda menggunakan peranti alternatif. Anda juga boleh memilih OK untuk menutup mesej ralat dan cuba menstrim pada peranti semasa anda tetapi Netflix tidak menjamin bahawa anda akan memperoleh kualiti video atau audio yang ditujukan atau semua ciri akan tersedia dan berfungsi dengan betul.