Saya tidak dapat menukar had klasifikasi kematangan dalam pengalaman Kanak-kanak Netflix
Jika anda tidak dapat mengubah tahap klasifikasi kematangan pada profil dengan pengalaman Kanak-kanak Netflix, profil mungkin dicipta secara automatik apabila anda memulakan akaun Netflix anda. Untuk profil ini, anda tidak dapat mengubah tahap klasifikasi kematangan melebihi tahap yang dibenarkan bagi Kanak-kanak Netflix. Jika anda cuba melebihi tahap yang dibenarkan, anda akan menerima mesej ralat yang berikut:
Disebabkan profil ini merupakan profil lalai Kanak-kanak Netflix, kandungan melebihi tahap kematangan tertentu dihadkan.
Jika anda mahu menyesuaikan profil dengan tahap klasifikasi kematangan yang baharu, padamkan profil Kanak-kanak Netflix yang menghadapi masalah tersebut dan cipta profil yang baharu.