Kehilangan atau tidak pernah menerima kad hadiah Netflix elektronik daripada Amazon

Jika anda kehilangan kad hadiah Netflix elektronik yang anda beli di Amazon atau anda atau penerima anda tidak pernah menerima kad hadiah melalui e-mel selepas pembelian anda, anda boleh menghantar semula kad daripada akaun yang dibeli.

Sila ambil perhatian bahawa penghantaran semula kad hadiah akan menjana kad hadiah baharu dan kad hadiah asal akan dinyahaktifkan.

Untuk menghantar semula kad hadiah e-mel atau mesej teks:

  1. Pergi ke Pesanan Anda pada laman web Amazon.

  2. Cari kad hadiah yang mahu dihantar semula.

  3. Klik butang Hantar Semula Kad Hadiah di sebelahnya.

    Perhatian:
    Jika anda tidak melihat pautan hantar semula, kemungkinan besar kad hadiah telah ditebus oleh penerima.
  4. Semak maklumat yang berkaitan dengan kad hadiah yang mahu dikeluarkan semula dan ikut arahan pada halaman tersebut. Anda mungkin diminta untuk mengesahkan maklumat pembayaran bagi tujuan keselamatan.

  5. Amazon akan menghantar e-mel pengesahan kepada anda setelah kad hadiah asal dibatalkan dan kad hadiah baharu dikeluarkan.

Artikel Berkaitan