Netflix menyatakan 'Kami menghadapi masalah untuk mengakses tajuk ini untuk anda sekarang'.
Anda mungkin menerima ralat pada TV anda atau peranti penstriman TV yang menyatakan:
Kami menghadapi masalah untuk mengakses tajuk ini untuk anda sekarang. Sila cuba lagi kemudian.
Jika mesej ralat tersebut diikuti dengan kod ralat (contohnya, "ui-1111"), cari kod ralat dalam Pusat Bantuan kami dan ikut langkah dalam artikel yang sepadan.
Jika tiada kod ralat, hal ini biasanya bermaksud maklumat yang disimpan pada peranti anda perlu disegar semula. Ikut langkah berikut untuk menyelesaikan masalah.
Daftar keluar daripada peranti anda
Pergi ke skrin utama Netflix dan tekan butang kembali
pada alat kawalan jauh anda untuk pergi ke menu.Jika menu terletak di bahagian atas: Cari ikon profil anda di sebelah kiri atas skrin anda, pilih Dapatkan Bantuan, kemudian Daftar keluar dan pilih Ya.
Jika menu terletak di bahagian kiri: Pergi ke sebelah bawah skrin, pilih Dapatkan Bantuan, kemudian Daftar keluar dan pilih Ya.
Daftar masuk kembali dan cuba Netflix sekali lagi.
Jika peranti anda berada pada skrin ralat:
Pilih Butiran Lanjut.
Pilih Daftar keluar atau Tetapkan semula.
Daftar masuk kembali dan cuba Netflix sekali lagi.
Jika anda tidak melihat Dapatkan Bantuan atau Daftar keluar:
Tekan butang ini mengikut urutan ini menggunakan alat kawalan jauh anda: Atas, Atas, Bawah, Bawah, Kiri, Kanan, Kiri, Kanan, Atas, Atas, Atas, Atas.
Pada menu yang dipaparkan, pilih Daftar keluar, Tetapkan Semula atau Nyahaktifkan.
Perhatian: Jika anda mempunyai Apple TV, ikut langkah berikut untuk mendaftar keluar.
Langkah seterusnya yang perlu dilakukan
Kami sedang menyiasat masalah ini. Untuk membantu kami membuat siasatan, hubungi kami.