Netflix menyatakan 'Amaran Had Muat Turun'

Jika anda melihat ralat pada telefon atau tablet Android anda yang menyatakan

Amaran Had Muat Turun
Oleh sebab pelesenan, video ini hanya boleh dimuat turun satu kali lagi sebelum (TARIKH).

Hal ini menunjukkan bahawa anda bakal mencapai bilangan muat turun maksimum bagi rancangan TV atau filem tertentu.

Bagi sesetengah rancangan TV dan filem, bilangan kali untuk dimuat turun dalam setahun bagi setiap akaun adalah terhad. Anda boleh memilih Muat turun daripada skrin ralat untuk memuat turun rancangan TV atau filem tetapi anda tidak akan dapat memuat turun tajuk yang sama sekali lagi sehingga tarikh yang disenaraikan dalam mesej ralat. Jika anda ingin menonton rancangan TV atau filem tersebut dalam masa terdekat, anda perlu menyambung kepada Internet untuk menstrimnya. Jika tidak, anda boleh memilih rancangan TV atau filem yang berlainan untuk dimuat turun.

Artikel Berkaitan