Untuk menetapkan semula kata laluan anda melalui e-mel:
Ketik Pulihkan Kata Laluan daripada apl Netflix.
Buat pilihan untuk menetapkan semula kata laluan anda melalui E-mel.
Masukkan alamat e-mel anda dan pilih E-mel Saya.
Ikut langkah dalam e-mel yang anda terima. E-mel ini biasanya akan diterima dalam masa beberapa minit dan mengandungi pautan yang membolehkan anda mendaftar masuk ke Netflix secara automatik. Setelah didaftar masuk, anda akan diminta untuk mencipta kata laluan baharu.
Perhatian:Jika anda memilih Daftar keluar daripada semua peranti sewaktu proses penetapan semula, proses ini mungkin mengambil masa sehingga 8 jam untuk memutuskan sambungan semua peranti yang mendaftar masuk ke akaun anda dengan sepenuhnya.
Pautan tamat tempoh
Tidak menerima e-mel
Semak folder tambahan (spam, remeh atau promosi) dan sebarang penapis e-mel yang anda sediakan.
Jika anda tidak dapat menemukan e-mel tetapan semula kata laluan selepas menyemak folder spam anda, cuba tambahkan info@account.netflix.com pada senarai kenalan anda. Kemudian, hantar semula e-mel tersebut kepada diri anda.
Jika anda masih belum menerima e-mel, mungkin terdapat penangguhan pada pihak penyedia e-mel anda. Sila tunggu selama 5 jam, kemudian semak semula peti masuk anda.
Pautan tidak berfungsi
Padamkan e-mel tetapan semula kata laluan Netflix yang mungkin telah anda hantar kepada diri anda.
Setelah anda memadamkan e-mel, ketik Pulihkan Kata Laluan daripada apl Netflix.
Buat pilihan untuk menetapkan semula kata laluan anda melalui E-mel.
Masukkan alamat e-mel anda dan pilih E-mel Saya.
Kembali kepada e-mel anda dan ikut langkah dalam e-mel tetapan semula kata laluan Netflix yang baharu.
Jika anda masih mengalami masalah, gunakan komputer, telefon bimbit atau tablet yang berbeza untuk mengakses e-mel, kemudian klik pautan tetapan semula kata laluan.