Cara menggunakan sari kata, kapsyen atau memilih bahasa audio

Anda boleh menukar sari kata, kapsyen dan bahasa audio untuk banyak rancangan TV dan filem. Netflix menunjukkan 5-7 bahasa yang relevan pada TV dan peranti yang disambung kepada TV berdasarkan lokasi dan tetapan bahasa anda. Untuk iPhone, iPad, telefon dan tablet Android serta penyemak imbas web, anda akan melihat semua bahasa yang tersedia untuk sesuatu tajuk. Untuk muat turun, Netflix menunjukkan 2 bahasa yang paling relevan.

Untuk menggunakan sari kata, kapsyen atau memilih bahasa audio:

  1. Buka Netflix.

  2. Pilih rancangan TV atau filem.

  3. Mula mainkan dan ketik pada skrin.

  4. Di bahagian atas atau bawah skrin, pilih Audio & Sari Kata .

  5. Tukar pilihan audio atau sari kata anda.

    Perhatian:
    Pilihan sari kata dan audio tidak disimpan semasa menonton kebanyakan tajuk Kanak-kanak melalui profil dewasa. Pilihan tersebut disimpan semasa menonton melalui profil Kanak-kanak.

Untuk tajuk yang tersedia dengan Sari Kata untuk Pekak dan Kurang Pendengaran (SDH), cari lencana SDH  pada halaman butiran tajuk.

Perhatian:
Sesetengah rancangan TV tidak menyediakan SDH bagi semua musim atau episod.

Artikel Berkaitan