Ralat Netflix UI-800-3 (%MSL_INTERNAL_CODE%)

Jika anda menghadapi kod ralat UI-800-3 (%MSL_INTERNAL_CODE%), masalah ini biasanya disertakan dengan mesej berikut:

Netflix menghadapi ralat. Cuba semula selepas [X] saat.

Hal ini biasanya disebabkan masalah yang berkaitan dengan tetapan sambungan anda. Ikut langkah penyelesaian masalah berikut bagi peranti anda untuk menyelesaikan masalah.

TV Pintar

Pulihkan tetapan sambungan lalai anda

Jika anda telah menukar tetapan sambungan pada peranti anda, anda perlu menukar semula tetapan kepada lalai.

Tetapan tersebut mungkin termasuk:

  • Tetapan modem tersuai.

  • Rangkaian Persendirian Maya (VPN) atau tetapan perkhidmatan proksi.

  • Tetapan DNS tersuai.

Jika anda memerlukan bantuan untuk menukar tetapan ini, hubungi pengeluar peranti.

Setelah anda menetapkan semula tetapan tersebut, cuba Netflix sekali lagi.

Semua peranti lain

Kami sedang menyiasat masalah ini. Untuk membantu kami membuat siasatan, hubungi kami.

Artikel Berkaitan