Netflix menyatakan bahawa 'Maaf, Netflix tidak tersedia di rantau anda'

Jika anda melihat ralat yang menyatakan

Maaf, Netflix tidak tersedia di rantau anda.
Adakah anda ingin menerima e-mel apabila Netflix tersedia?

Hal ini bermaksud peranti yang anda gunakan tidak boleh digunakan untuk mendaftar akaun Netflix di rantau anda. Hal ini mungkin disebabkan peranti lama yang tidak disokong lagi.

Ikut langkah di bawah untuk menonton Netflix pada peranti anda.

Jika anda mempunyai akaun Netflix yang aktif, pilih Daftar Masuk dan ikut arahan pada skrin. Setelah mendaftar masuk, anda akan dapat menonton rancangan TV dan filem pada peranti.

Anda perlu mendaftar untuk Netflix pada peranti lain atau dengan melawati netflix.com. Setelah akaun anda aktif, anda boleh mendaftar masuk pada peranti ini dan menonton rancangan TV dan filem.

Artikel Berkaitan