Ralat Netflix NSEZ-403

Jika anda melihat ralat yang menyatakan

Kesilapan telah berlaku
Maaf, kami menghadapi masalah dengan permintaan anda. Banyak lagi yang akan dapat anda teroka pada halaman utama.

Biasanya masalah ini disebabkan maklumat yang tersimpan pada penyemak imbas anda perlu disegar semula atau isu kesambungan rangkaian. Ikut langkah penyelesaian masalah berikut untuk menyelesaikan masalah.

Daftar masuk pada peranti lain

Untuk mengenal pasti masalah, daftar masuk ke Netflix pada peranti lain menggunakan rangkaian yang sama dengan komputer anda.

Perhatian:Jika anda sudah didaftar masuk pada peranti lain, daftar keluar daripada Netflix terlebih dahulu, kemudian daftar masuk sekali lagi.

  • Jika anda melihat ralat apabila anda mendaftar masuk atau cuba menonton pada peranti itu, hal ini bermakna kami tidak dapat menyambungkan akaun anda kepada perkhidmatan Netflix buat masa ini. Sila cuba lagi kemudian.

  • Jika anda tidak melihat ralat tetapi tidak dapat tonton pada peranti itu, hubungi khidmat pelanggan.

Pergi ke Netflix.com pada penyemak imbas web
  1. Menggunakan komputer atau peranti mudah alih yang berlainan, sambung kepada Wi-Fi atau rangkaian yang sama dengan peranti yang menghadapi masalah.

  2. Buka penyemak imbas web, kemudian pergi ke netflix.com/clearcookies dan daftar masuk ke akaun Netflix anda.

    • Jika anda menerima ralat NSEZ-403, hal ini bermakna kami tidak dapat menyambungkan akaun anda kepada perkhidmatan Netflix buat masa ini. Sila cuba lagi kemudian.

    • Jika anda tidak menerima ralat pada penyemak imbas anda semasa melakukan langkah ini, maka mungkin terdapat masalah yang berlainan. Hubungi kami untuk mendapatkan bantuan lanjut.

Artikel Berkaitan