E-mel 'penetapan semula kata laluan' daripada Netflix

Anda mungkin menerima beberapa lagi e-mel yang lain daripada Netflix yang berkaitan dengan penukaran kata laluan akaun anda.

'Tetapkan semula kata laluan anda'

Jika anda menerima e-mel tetapkan semula kata laluan anda daripada Netflix:

  • Jika anda telah meminta e-mel tersebut, tetapkan semula kata laluan anda dengan mengikut arahan dalam e-mel atau dengan melawati netflix.com/password.

  • Jika anda tidak meminta e-mel tersebut, ikut langkah dalam Cara melindungi akaun anda.

'Penetapan semula kata laluan diperlukan'

'Kata laluan dikemas kini'

Jika anda menerima e-mel yang menyatakan kata laluan anda telah dikemas kini dan anda tidak membuat perubahan kata laluan, sila kemas kini kata laluan anda. Jika anda tidak dapat mengemas kini, hubungi Khidmat Pelanggan.

Jika anda melihat mesej yang menyatakan Kata laluan ini tidak selamat atau terlalu biasa semasa menetapkan semula atau menukar kata laluan anda, mesej ini bermaksud kata laluan yang anda pilih telah disenaraikan sebagai terjejas atau kata laluan lazim yang kami tidak benarkan atas sebab keselamatan. Anda perlu memilih kata laluan yang berlainan.

Artikel Berkaitan