Bantuan pengesahan nombor telefon

Jika anda berada pada skrin pengesahan, anda boleh memasukkan semula nombor telefon dan negara selepas menggunakan butang kembali.

Jika anda tidak lagi berada pada skrin pengesahan, anda boleh menukar nombor telefon anda dengan melawati bahagian nombor telefon pada akaun anda.

  1. Semak bahawa nombor telefon dan negara yang anda pilih adalah betul.

    • Anda boleh memasukkan semula nombor telefon dan negara selepas menggunakan butang kembali pada skrin pengesahan atau dengan melawati bahagian nombor telefon pada akaun anda.

  2. Jika nombor telefon yang dipaparkan adalah betul, pilih Hantar Semula Kod.

    • Kadangkala kod mengambil sedikit masa untuk sampai ke peranti anda.

  3. Setelah anda menerima kod 6 digit, masukkannya pada skrin pengesahan dan pilih Sahkan.

  1. Pastikan kod yang dimasukkan merupakan kod pengesahan Netflix terkini yang anda terima.

  2. Jika kod pengesahan Netflix yang terkini tidak berfungsi, pilih Hantar Semula Kod.

    • Kadangkala kod mengambil sedikit masa untuk sampai ke peranti anda.

  3. Setelah anda menerima kod 6 digit, masukkannya pada skrin pengesahan dan pilih Sahkan.

Jika anda telah cuba langkah di atas dan masih memerlukan bantuan, hubungi kami untuk bantuan lanjut.

Artikel Berkaitan