Ralat Netflix tvq-aui-4

Ralat ini berlaku apabila masalah rangkaian menghentikan peranti anda daripada mencapai Netflix.

Untuk menyelesaikan masalah:

Anda boleh menguji sambungan peranti anda dengan mencuba apl lain yang menyambung kepada Internet. Sesetengah peranti menyediakan ujian rangkaian dalam tetapan.

Jika apl lain tidak berfungsi atau anda menerima ralat rangkaian, hal ini biasanya bermakna peranti anda tidak disambung.

Perhatian:Disebabkan langkah untuk menyambung kepada Internet atau menyelesaikan masalah rangkaian biasanya adalah unik mengikut setiap peranti, Khidmat Pelanggan Netflix tidak dapat membantu dengan langkah seterusnya untuk peranti anda.

Untuk mendapatkan langkah sambungan bagi peranti anda:

  • Semak arahan atau manual yang disertakan bersama peranti anda.

  • Hubungi pengilang peranti untuk mendapatkan bantuan bagi menyambungkan peranti anda kepada Internet.

Jika peranti anda sudah disambungkan dan anda masih mempunyai masalah, pergi ke langkah seterusnya.

  1. Cabut palam peranti anda daripada kuasa.

  2. Tekan sekali butang kuasa pada peranti dan tunggu 1 minit, atau cabutkan palam peranti dan tunggu 3 minit.

  3. Pasang semula peranti anda.

  4. Hidupkan peranti anda dan cuba Netflix sekali lagi.

  1. Matikan peranti anda, atau cabut palam modem dan penghala anda daripada kuasa.

  2. Selepas 30 saat, pasangkan palam modem dan penghala anda.

  3. Tunggu 1 minit, kemudian matikan peranti anda.

  4. Cuba Netflix sekali lagi.

Perhatian:Sesetengah peranti, modem dan penghala mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk menyambung semula kepada Internet.

Artikel Berkaitan