Ralat Netflix T7121-3078

Jika anda menerima kod ralat T7121-3078 pada paparan skrin sentuh Tesla anda dengan mesej:

Maaf atas gangguan
Nampaknya versi penyemak imbas anda tidak disokong lagi. Sila pasang versi terkini untuk meneruskan tontonan.

Hal ini bermaksud Tesla anda perlu dikemas kini. Ikut langkah berikut untuk membetulkan masalah.

Kemas kini Tesla anda

  1. Sambung kepada rangkaian Wi-Fi.

  2. Ketik Controls (Kawalan), kemudian ketik Software (Perisian). Tesla anda akan mula menyemak untuk kemas kini.

  3. Ketik Update available (Kemas kini tersedia).

  4. Ketik Install Now (Pasang Sekarang).

    Perhatian:
    Anda tidak akan dapat memandu kereta anda sehingga kemas kini selesai.
  5. Setelah kemas kini selesai, cuba Netflix sekali lagi.

Langkah seterusnya yang perlu dilakukan

Kami sedang menyiasat masalah ini. Untuk membantu kami membuat siasatan, hubungi kami.

Artikel Berkaitan