Ralat pemindahan profil: Sila alih keluar alamat e-mel yang dikaitkan dengan profil ini untuk menggunakan pemindahan profil

Jika anda menerima mesej ralat yang menyatakan

Sila alih keluar alamat e-mel yang dikaitkan dengan profil ini untuk menggunakan pemindahan profil

Hal ini bermakna sudah terdapat alamat e-mel pada profil yang cuba anda pindahkan. Alih keluar alamat e-mel tersebut daripada profil dengan mengikut langkah di bawah atau pilih profil yang lain untuk dipindahkan.

  1. Pada penyemak imbas web, daftar masuk ke Netflix dan pilih profil.

  2. Pergi ke halaman Akaun.

  3. Ketik atau klik profil dalam bahagian Profil & Kawalan Ibu Bapa.

  4. Di sebelah E-mel Profil, pilih Tukar.

    Perhatian:Anda tidak akan melihat pilihan ini jika anda mendaftar masuk ke profil yang berlainan.

  5. Pilih Padamkan alamat e-mel.

  6. Profil kini boleh dipindahkan.

Artikel Berkaitan