Netflix menyatakan 'Maaf, kami tidak dapat mencari akaun dengan alamat e-mel ini'.
Jika anda menerima ralat ini semasa cuba mendaftar masuk dengan akaun yang sedia ada:
Maaf, kami tidak dapat mencari akaun dengan alamat e-mel ini. Sila cuba lagi atau cipta akaun baharu.
Ikut langkah berikut:
Lawati netflix.com/loginhelp.
Pilih Saya tidak ingat e-mel atau nombor telefon saya dan isi borang.
Pilih Cari Akaun.
Jika anda dibilkan melalui syarikat lain atau memperoleh Netflix sebagai sebahagian daripada pakej, cari nama penyedia perkhidmatan dalam Pusat Bantuan. Buka artikel pengebilan yang berkaitan dan pergi ke bahagian "Saya menghadapi masalah untuk mendaftar masuk ke Netflix".
Jika anda masih tidak dapat mendaftar masuk, sila hubungi kami.