Into the Dead 2: Unleashed - Soalan Berkaitan Cara Bermain
Kebuntuan di tengah-tengah permainan? Tertanya-tanya cara bermain? Mempunyai pertanyaan tentang tetapan dalam permainan? Berikut ialah jawapan untuk soalan lazim berkaitan cara bermain.
Kemungkinan spoiler berikut.
Into the Dead 2: Unleashed tersedia kepada ahli Netflix untuk dimuat turun melalui apl mudah alih pada telefon bimbit dan tablet Android atau iPhone, iPad atau iPod touch. Harap maklum bahawa terdapat dua versi yang serupa di gedung aplikasi. Versi Netflix mempunyai logo 'N' Netflix pada ikon permainan.
Permainan ini berkongsi jalan cerita dan tradisi yang sama seperti Into the Dead 2 yang asal dengan sistem permainan yang berbeza, seperti penyingkiran pembelian dalam aplikasi. Kedua-dua permainan ini adalah berbeza sepenuhnya. Anda boleh memiliki kedua-dua versi pada peranti secara serentak, tetapi perkembangan tidak dikongsi antara kedua-dua versi.
Menyesuaikan Kawalan
Daripada menu utama, di sudut bawah kiri, ketik perengkuh > Kawalan dan pilih susun atur kawalan. Anda juga boleh mengakses tab ini ketika bermain dengan mengetik jeda.
Melaraskan Grafik
Anda boleh menyesuaikan grafik permainan yang boleh membantu permainan berjalan dengan lebih lancar pada peranti anda. Daripada menu utama, di sudut bawah kiri, ketik perengkuh > Grafik dan pilih Maksimum, Tinggi, Sederhana atau Rendah, kemudian ketik Guna.
Menukar Bahasa
Bahasa permainan akan sepadan dengan bahasa profil Netflix anda secara automatik. Anda juga boleh memilih bahasa dalam permainan. Daripada menu utama, di sudut bawah kiri, ketik ikon perengkuh > Bahasa dan pilih bahasa.
Mod Kisah
Mod ini merangkumi 7 babak (60 tahap kesemuanya). Lengkapkan setiap tahap kisah untuk memperoleh Bintang (maksimum 5 setiap tahap) dan Emas. Anda boleh bermain semula mana-mana tahap kisah berulang kali. Peroleh lebih banyak Bintang daripada Cabaran Kisah untuk membuka kunci ganjaran dan mengakses tahap tambahan.
Mod Harian
Mod ini dibuka pada tahap 8. Objektifnya adalah untuk menggunakan Senjata dan Teman yang diberikan dan menumpaskan sebanyak zombi yang mungkin. Dapatkan jumlah pembunuhan yang diperlukan untuk membuka kunci ganjaran. Tugas harian diperbaharui setiap hari.
Kisah Sampingan
Anda boleh bermain 8 kisah asal yang dibuka kunci setelah anda melengkapkan tahap tertentu dalam mod Kisah. Setiap kisah sampingan memberikan ganjaran berbeza.
Acara
Mod permainan ini dibuka kunci pada tahap 32. Setiap acara akan mempunyai sejumlah tahap dengan objektif yang memberi anda mata untuk membuka kunci ganjaran dan meletakkan anda pada carta kedudukan dengan pemain lain. Jika anda gagal satu tahap, anda boleh hidup semula atau menghentikan perjalanan. Jika anda menghentikan perjalanan atau pemasa acara tamat tempoh, mod acara akan ditetapkan semula.
Acara mempunyai 3 tahap kesukaran: Biasa, Pro dan Elit. Mod Elit dibuka kunci selepas kempen utama tamat.
Bintang
Pencapaian matlamat dalam tahap memberikan ganjaran Bintang kepada pemain. Bintang cabaran diperlukan untuk membuka kunci tahap. Lebih banyak Bintang yang dikumpulkan oleh pemain, lebih banyak Senjata, Teman dan Penggalak dibuka kunci.
Emas
Peroleh Emas dengan bermain mod Kisah, Acara atau Harian. Emas digunakan untuk menaik taraf Senjata dan Teman.
Mahkota
Mahkota diperoleh melalui bermain misi Harian. Mahkota boleh digunakan untuk membuka kunci senjata baharu dalam tangga ganjaran yang boleh digunakan di seluruh permainan.
Cara membuka kunci senjata
Senjata dibuka kunci dengan Bintang dan setiap tahap memberikan ganjaran Bintang untuk cabaran yang dilengkapkan.Cara menaik taraf senjata
Setiap Senjata boleh dinaik taraf dengan membunuh zombi. Setiap pembunuhan memberikan ganjaran XP untuk item yang khusus. Setelah XP item sedia untuk dinaik taraf, ketik tab Senjata pada menu utama dan gunakan Emas untuk menaik taraf. Rupa Senjata dibuka kunci dengan kemenangan.
Senjata yang Tersedia:
Defender D9 - Senjata sisi yang lama tetapi berguna. Reka bentuk ini tidak lapuk dek zaman.
G911 Enforcer - Ringan dan berkapasiti tinggi, polis menggemari senjata sisi ini.
R77 Rapid - Kuasa tembak laju dalam bentuk yang boleh disembunyikan, dilengkapi mod tembakan satu das dan ledakan bertubi-tubi. Pistol automatik ini telah mempertahankan ramai pemimpin dunia.
Hammerhead 357 - Berat, perlahan, kuasa henti yang hebat. Revolver ini sangat luar biasa.
G911 Black Veil - Dibina untuk pembunuhan dahsyat oleh ejen dengan nama samaran “Black Veil”, G911 tersuai ini menampilkan peredam, penglihatan laser dan lelopak peluru berkapasiti tinggi.
Cartel Twins - Pistol 9mm tersuai untuk bos jenayah legenda. Keseronokan berganda.
Dragoon IX - Revolver pasukan berkuda vintaj yang langka dengan laras berasingan untuk menembak peluru senapang patah. Banyak digunakan ketika perang saudara.
Alpha & Omega - Permulaan dan penghujung. Apa-apa perlawanan yang dimulakan akan ditamatkan.
Brute Double - Senapang patah ladang lama yang lebih ringan dan berkuasa. Sesuai digunakan pada jarak dekat.
Justice M32 - Bawa keadilan ke mana-mana sahaja anda pergi. Perlahan, tetapi memberikan kesan tembakan yang luas dan hebat.
ASH-20 Breacher - Milgram mencipta senapang patah pertempuran yang automatik sepenuhnya untuk menyerang binaan di zon peperangan. Korporal Garcia menemukan kegunaan lain untuk senjata ini.
S-12 Riot - Kemuncak kawalan kumpulan ramai, senapang patah taktikal ini teman hidup yang tiada taranya.
Brute Inferno - Dimiliki oleh baron minyak suatu masa dahulu, item yang digemari pengumpul ini menembak peluru pembakar dari laras secara serentak dengan letusan dahsyat.
The Surgeon - Dijenamakan secara rasmi sebagai Surge Compact, The Surgeon meraih panggilan itu kerana mampu menghancurkan anggota badan. Kadar tembakan laju yang meluas menyelamatkan nyawa, tetapi mereka yang menjadi mangsa jarang terselamat.
X-12 Tyrant - Senapang patah ini direka bentuk sebagai pencegah terhebat, namun dianggap terlalu berkuasa untuk pengeluaran besar-besaran.
Colossus - Colossus menampung kelemahan jarak dekat dengan kuasa tembak yang dahsyat. Cuma berhati-hati ketika mengisi semula peluru.
Bandit T9 - Senjata terkenal yang pernah mendominasi jalanan. Laparkan amunisi.
MT-56A Tactical - Direka bentuk untuk pengawal keselamatan dan pasukan perisik. Malapetaka hanyalah misi biasa.
PP20 Dolbenkov - Dilengkapi gogal nampak malam yang canggih, PP20 Dolbenkov yang senyap ini membolehkan pendekatan selinap dan pelaksanaan secara senyap-senyap.
Ezek - Reka bentuk padat Ezek merubah SMG yang membolehkan anda menguasai kuasa tembak yang menggerunkan.
T19 Rattlesnake - Pantas. Andal. Membawa maut. Rattlesnake tiada tandingannya.
Redacted - Prototaip senyap ini dicipta untuk ejen CQB sulit -- jenis yang tidak sepatutnya wujud.
Fate & Fortune - Gabungan SMG ini pernah dihadiahkan kepada CEO berkuasa yang mempercayai dia boleh mencipta takdir sendiri.
A45 Apex - SMG padat ini digemari oleh pasukan SWAT kerana membenarkan mereka merubah taktik secepat merubah mod tembak.
Militia HK-5A - Salah satu senjata gempur yang paling banyak digunakan. Sedia untuk menghadapi pertarungan.
ARC-4 Guerrilla - Ditempa di dalam hutan, ARC klasik ini menjadi masyhur selepas muncul dalam pelbagai filem dan rancangan televisyen yang popular.
ARC-7 Legion - Dibina untuk peperangan. Walaupun berada dalam bahaya, senapang ini dapat menyelamatkan anda.
ARC-9 Battalion - Perkakasan khusus tentera yang terhad menampilkan lelopak peluru kembar dan pelancar grenad dengan cantuman bawah laras.
K1 Stryker - Ibarat namanya, Stryker melepaskan tembakan tepat yang menusuk secara separa automatik, malah boleh menembak das standard dalam mod automatik penuh.
ARC-11 Shadow - Direka untuk operasi sulit, senjata yang diilhamkan oleh formula ARC klasik ini menampilkan mod tembak kedua yang menembak ledakan peluru yang menusuk.
Escorpión III - Seorang bos kartel terkenal kerana mendisiplinkan pembunuh upahan yang tidak setia menggunakan dua ekor kala jengking. Senjata ini dipamerkan di pejabatnya sebagai amaran terakhir.
ARC-12 Vanguard - Direka untuk kecekapan maksimum dalam operasi serbu, jenis ARC yang automatik sepenuhnya ini menampilkan senapang patah dengan cantuman bawah laras.
Wild Spur - Senjata klasik barat ini menumpaskan ramai penjahat pada zamannya. Senjata ini bersedia untuk aksi yang lebih rancak.
Predator 308 - Senjata pemburu berkuasa yang berjarak jauh dengan ketepatan tinggi.
Javelin AP51 - Senapang penembak hendap berkaliber .50 yang terkenal dengan kuasa yang menusuk sasaran. Petua: sesuai digabungkan dengan Amunisi Letupan.
F300 Carbine - Senapang yang pantas dan tepat ini dilengkapi bayonet, memberi penggunanya satu peluang untuk menangkis serangan jarak dekat.
COBALT Mk. IV - Senapang antiperalatan ketenteraan yang sulit ini memanfaatkan medan elektromagnet untuk menembak kelongsong yang menusuk perisai pada kelajuan hipersonik.
Spectral II - Busur kompaun moden yang ringan ini mudah ditarik, tetapi boleh menggerakkan panah dengan daya yang hebat. Kebanyakan panah boleh dikutip dari mayat dan digunakan semula.
Spirit DDX - Senyap, membawa maut dan anak panah boleh digunakan semula. Memerlukan kemahiran.
Absolution - Senjata penuh misteri ini boleh menembak anak panah pada kelajuan tinggi atau menghalakan anak panah tunggal untuk kuasa yang menakjubkan.
V.L.A.D. - Very Large Arrow Dispenser ialah penyelesaian seorang jurutera berbakat untuk malapetaka. Pelbagai sasaran boleh ditumpaskan dengan setiap tempuling boleh guna semula.
Pisau Belati Lontar - Kecil. Tajam. Senyap. Pisau Belati Lontar ini benar-benar berbahaya... namun jangan tersasar pula.
Aftershock - Direka khas untuk meneruskan hidup ketika malapetaka, senjata mengejutkan ini boleh membunuh sasaran dan memegunkan musuh di sekeliling.
Nailbiter - Sesuai untuk membina dan memusnahkan, pistol paku ini bersedia untuk menghadapi kiamat.
GL-03 Krampus - Pelancar grenad angkatan tentera vintaj dengan lelopak peluru harmonika yang inovatif. Adakah anda akan membuat kebaikan atau kejahatan?
Bainbridge M14 - Hasil idea pencipta yang angkuh, S.G. Bainbridge, mesingan ini membebaskan bedilan bertalu-talu yang hebat dengan sekali ketikan picu.
Hellfire - Dibina khas untuk mencairkan wajah mayat hidup, penyembur api ini boleh menyembur api berbahaya pada sasaran tunggal atau membebaskan api marak yang membakar apa-apa sahaja yang berdekatan.
Sawtooth - Pelancar mata gergaji ini direka khas untuk menghadapi malapetaka. Senjata ini bertahan lebih lama daripada yang lain.
MGN-6 Juggernaut - Taufan plumbum dan kuasa tembak setara dengan helikopter penyerang di tangan anda. Cuma berhati-hati dengan masa persediaan dan pengisian semula peluru yang lambat.
XM-4 Titan - Pelancar roket canggih yang boleh menghujani kemusnahan pada kenderaan, tempat penyimpanan senjata dan apa-apa sahaja yang cukup berani mencabar anda.
M2020 Harbinger - Sabuk mesingan ini dipenuhi peluru bertuah yang dijamin akan menghancurkan musuh anda.
G-8 Marauder - Marauder yang terkenal ini kerap melakukan kemusnahan pada zamannya. Bebaskan keenam-enam peluru yang ganas tepat ke sasaran anda.
Senjata ini tidak tersedia pada skrin pilih Senjata dan hanya tersedia ketika bermain.
Pisau - Pemain diberikan sebilah pisau pada permulaan setiap Tugas. Pisau boleh menyelamatkan anda apabila anda ditangkap oleh zombi.
Grenad - Boleh dilontar kepada zombi menggunakan butang grenad pada skrin. Pemain diberikan satu Grenad pada permulaan setiap Tugas dan boleh menemui grenad tambahan di tong amunisi.
Gergaji Rantai - Alat memangkas yang dihidupkan dengan gas. Berguna untuk mencantas pokok, membelah kayu api dan menumpaskan mayat hidup.
Pemotong Belukar - Mengekalkan kekemasan halaman depan dan memburaikan zombi. Menggunakan lebih banyak bahan api daripada Gergaji Rantai dan mempunyai jarak sasaran yang lebih luas.
Teman dibuka kunci melalui bermain permainan dan boleh membantu anda menumpaskan zombi.
Teman yang Tersedia:
Kacukan - Teman setia untuk menemani anda. Teman ini bersedia untuk mengalahkan zombi.
Kebolehan istimewa: Tiada
Bull Mastiff - Penyerang terhebat. Anjing ini merupakan penyerang zombi terhebat.
Kebolehan istimewa: Tiada
Golden Retriever - Bawa anjing ini bersama anda dalam mod kisah untuk menggali emas bonus.
Kebolehan istimewa: Mencari Emas tambahan dalam mod Kisah
German Shepherd - Rakan setia yang menyokong anda. Berpeluang untuk menyelamatkan anda ketika bertugas.
Kebolehan istimewa: Peluang untuk penyelamatan
Border Collie - Penglihatan tajam anjing ini dapat mencari amunisi. Jika anda kekurangan amunisi, anjing ini bersedia untuk membantu.
Kebolehan istimewa: Mengeluarkan tong amunisi tambahan
Harimau Malaya - Pembunuh yang membawa maut. Berpeluang untuk menyelamatkan anda ketika bertugas.
Kebolehan istimewa: Peluang untuk penyelamatan
Harimau Benggala - Mesin membunuh terhebat. Berpeluang untuk menyelamatkan anda ketika bertugas.
Kebolehan istimewa: Peluang untuk penyelamatan
Serigala Alfa - Jangan tertukar pemangsa garang ini dengan serigala sunyi - anda boleh memanggil kawanan serigala apabila benar-benar memerlukan.
Kebolehan istimewa: Memanggil kawanan serigala untuk membunuh zombi
Beruang - Sekutu kuat dengan ngauman yang mengalih perhatian musuh.
Kebolehan istimewa: Mengaum untuk mengalih perhatian musuh dan membuat mereka tercegat.
Puma - Pemburu licik dengan mengaum yang menarik perhatian musuh berdekatan.
Kebolehan istimewa: Memanggil lebih banyak zombi.
Dobermann & Anak Anjing - Ibu yang berani ini terlatih dalam pencarian dan penyelamatan. Anjing ini boleh mendampingi anda dan berpeluang untuk menyelamatkan anda atau mencari amunisi, grenad dan pisau.
Kebolehan istimewa: Mencari Amunisi, Pisau atau Grenad. Peluang untuk penyelamatan.
Ingin ketahui lebih lanjut tentang Into the Dead 2: Unleashed? Lawati halaman Sokongan Permainan