Mengawal Watak Anda
Sentuh dan seret ke mana-mana sahaja untuk bergerak. Di sudut bawah kanan, ketik rerambut silang untuk menembak senjata yang dilengkapi. Musuh disasarkan secara automatik.
Kekuatan dan kelemahan tahap
Ketik pada Tahap Kawasan untuk mengetahui tentang tahap kawasan sebelum anda bermain. Pilih Kelengkapan Senjata yang paling sesuai dengan Kuat atau Lemah di kawasan tersebut. Senjata yang anda pilih mungkin mempunyai ikon di atasnya:
Anak panah hijau ke atas: penggalak unsur Senjata kuat di kawasan ini
Anak panah merah ke bawah: Senjata lebih lemah di kawasan ini
Tiada anak panah: Senjata neutral dan akan menyebabkan kerosakan biasa
Rondaan
Rondaan ialah misi istimewa di setiap kawasan dengan ganjaran unik yang terjamin! Rondaan baharu akan tersedia setiap 12 jam. Misi tersebut dibuka kunci pada Pemberontak Taraf 4 dan merupakan cara yang bagus untuk memperoleh barang yang anda cari.
Misi Harian / Utama
Dari bahagian bawah kanan skrin utama, ketik ikon kertas senarai semak untuk mengakses Misi Harian atau Utama anda. Misi ini dibuka kunci selepas melengkapkan Tahap 7. Lengkapkan Misi untuk memperoleh ganjaran.
Watak
Anda mula bermain permainan dengan Jimmy si penembak tepat. Relic Hunter yang lain akan dibuka kunci apabila anda mara ke tahap seterusnya dan membuka kunci kawasan baharu.
Anda boleh menaikkan tahap setiap watak dengan mengumpul bahan untuk menaik taraf Persahabatan. Setiap watak mempunyai jenis bahan khusus yang diperlukan untuk naik taraf. Naik taraf rakan anda hingga taraf persahabatan maksimum untuk menambahkan statistik dan mencapai bentuk terkuat mereka.
Perkara yang perlu dilakukan jika sesebuah Tahap terlalu sukar
Anda boleh kembali ke Tahap yang telah anda lengkapkan untuk mengumpulkan lebih banyak barang dan pengalaman. Hal ini akan membantu anda menaikkan tahap dan menjadi lebih kuat untuk mengalahkan musuh di kawasan seterusnya. Naik taraf Senjata anda dengan mengunjungi Bengkel Baru atau hasilkan Senjata baharu dengan kerosakan unsur yang sesuai agar lebih kuat di Tahap yang anda mainkan.