Netflix menyatakan 'Nampaknya anda sudah melanggan Netflix dengan penyedia lain.'
Nampaknya anda sudah melanggan Netflix dengan penyedia lain.
Akaun Netflix sedia ada anda menyertakan slot ahli tambahan, maka anda tidak boleh mengaktifkan pakej rakan kongsi ini
Ralat ini biasanya bermaksud alamat e-mel yang anda gunakan semasa cuba memautkan akaun Netflix anda kepada pakej atau tambahan pakej sudah dipautkan kepada pakej penyedia lain atau tambahan pakej lain.
Anda boleh sama ada:
Pautkan Pakej / Tambahan Pakej ini kepada akaun Netflix yang baharu atau berbeza.
Sahkan dengan kedua-dua penyedia bahawa Netflix disertakan atau ditambahkan pada pakej anda. Jika ya, anda perlu memilih pakej penyedia yang ingin anda terus pautkan kepada Netflix.