Wild Things: Animal Adventures - Soalan Berkaitan Cara Bermain

Kebuntuan di tengah-tengah permainan? Tertanya-tanya cara bermain? Mempunyai pertanyaan tentang tetapan dalam permainan? Berikut ialah jawapan untuk soalan lazim berkaitan cara bermain.

Kemungkinan spoiler berikut.

Menyesuaikan Tetapan
Daripada skrin utama, di sudut bawah kiri ketik gear .

Perhatian:Anda juga boleh menukar beberapa tetapan permainan ketika bermain tahap Teka-teki 3 Padanan dengan mengetik gear di sudut bawah kanan.

  • Tetapan

    • Pandangan Condong
      Togol hidup/mati untuk menukar pandangan sedikit apabila anda menyengetkan peranti anda.

    • Getaran
      Togol hidup/mati maklum balas haptik (getaran) ketika bermain permainan ini.

    • Petua
      Togol hidup/mati petua untuk kepingan yang patut dipadankan ketika bermain.

    • Bunyi
      Togol hidup/mati kesan bunyi dalam permainan.

    • Muzik
      Togol hidup/mati muzik dalam permainan.

    • Pemberitahuan
      Togol hidup/mati pemberitahuan yang dihantar ketika anda tidak bermain.

    • Sokongan
      Mengetik Sokongan membawa anda ke artikel Wild Things: Animal Adventures - Sokongan Permainan.

  • Profil
    Daripada skrin Tetapan, ketik ikon orang untuk menukar profil permainan anda.

    • Tukar Nama
      Tukar nama pemain anda.

    • Tukar Ikon Pemain
      Ketik salah satu ikon watak untuk menukar ikon pemain anda.

  • Tetapan Buta Warna
    Daripada skrin Tetapan, ketik ikon mata untuk menukar Tetapan Buta Warna.

    • Protanopia
      Ketik untuk Dayakan atau Lumpuhkan tetapan buta warna Protanopia.

    • Tritanopia
      Ketik untuk Dayakan atau Lumpuhkan tetapan buta warna Tritanopia.

  • Kisah
    Kisah Wild Things diceritakan dalam 18 babak. Lengkapkan setiap tahap Teka-teki 3 Padanan sebuah babak untuk memperoleh Daun Ajaib dan Syiling Emas. Anda boleh bermain semula sebuah tahap seberapa banyak yang anda perlukan untuk menang. Gunakan Daun Ajaib yang telah anda peroleh untuk melengkapkan tugasan kisah dalam jurnal pemain untuk maju mengharungi setiap babak.

    Ketika pelancaran, hanya 6 babak pertama akan tersedia untuk dimainkan. Satu set babak baharu akan dikeluarkan setiap enam minggu.

  • Item
    Dalam perjalanan, anda akan menemui beberapa item berguna yang unik dan akan membantu dalam perjalanan anda.

  • Daun Ajaib
    Menangi Daun Ajaib dengan melengkapkan tahap Teka-teki 3 Padanan. Gunakan daun tersebut pada tugasan untuk mengharungi kisah. Setiap tugasan mempunyai harga daunnya sendiri dan sesetengah lebih tinggi daripada yang lain.

  • Syiling Emas
    Terdapat pelbagai cara untuk memperoleh Syiling Emas. Cara paling mudah adalah dengan melengkapkan tahap Teka-teki 3 Padanan. Anda boleh membelanjakan Syiling Emas untuk penggalak sebelum permainan dan kenaikan kuasa dalam permainan.

  • Penggalak Sebelum Permainan
    Sebelum tahap Teka-teki 3 Padanan bermula, anda boleh membeli penggalak sebelum permainan menggunakan Syiling Emas yang telah anda peroleh. Penggalak ini dibuka kunci seiring dengan perkembangan permainan. Ketik penggalak untuk melihat tahap yang membuka kuncinya.

  • Kenaikan Kuasa Dalam Permainan
    Dalam sebuah tahap Teka-teki 3 Padanan, terdapat kenaikan kuasa dalam permainan yang boleh diperoleh atau dibeli dengan Syiling Emas. Anda boleh memperoleh kenaikan kuasa dalam permainan dengan melengkapkan babak dan tugasan di dunia permainan atau menggunakan Syiling Emas untuk membeli kenaikan kuasa dalam tahap Teka-teki 3 Padanan itu sendiri. Penggalak ini dibuka kunci seiring dengan perkembangan permainan. Ketik kenaikan kuasa untuk melihat tahap yang membuka kuncinya.

Wild Things
Wild Things ialah sekumpulan haiwan yang pernah menjadi rakan baik. Apabila Wildlands melalui pengindustrian melampau dan munculnya gangguan media sosial, keutamaan mereka mula menjadi kucar-kacir. Buat yang terbaik untuk menyatukan rakan-rakan ini dan mereka akan memberi anda ganjaran dengan kuasa haiwan dan persahabatan yang akan membantu dalam perjalanan anda untuk memulihkan Wildlands serta hubungan yang terjalin di sana.

  • Liam
    Seekor anak singa yang gemar bergomol dan menginginkan zaman dahulu yang indah - teramat sangat. Seekor singa yang berahsia. Adakah dia yang bertanggungjawab untuk kebinasaan ini? Kebenaran akan terbongkar dalam Wild Things.

  • Emma
    Rakan yang baik dan peminat yang tegar. Emma kadangkala terlalu ghairah terhadap perkara yang disukai dan tidak disukainya. Emma seekor gajah yang baik hati. Dia mahukan kebenaran dan dia boleh membantu anda mencari kebenaran tersebut.

  • Arvind
    Arvind gemar menggali, merungkai artifak bersejarah dan membuat teori. Sebenarnya dia hanya pandai menggali sahaja. Arvind seekor aardvark dengan misi untuk mencari konspirasi. Adakah batasan Arvind akan teruji?

  • Zelda
    Jika ada parti berlangsung, Zelda mahu turut serta. Persoalannya, adakah hadirin yang lain mahu dia bersama? Zelda hanya mahu menjadi tarikan parti. Dia bakal mempelajari erti sebenar persahabatan dalam Wild Things.

  • Rachel
    Jika ada gunung untuk didaki, Rachel berkemungkinan besar telah berkali-kali berbuat demikian. Rachel sedang bersedia untuk sukan Semua Haiwan dan menghabiskan masa untuk berlatih. Adakah dia mampu mempersembahkan bakatnya untuk menjadi juara? Kadangkala kita perlu membantu orang lain untuk membantu diri kita sendiri.

  • Clay
    Clay menjalani hidup yang bahagia di Lagun Buaya sepanjang hayatnya. Baru-baru ini, kewujudan paranormal telah merosakkan keseimbangan sifat baik Clay. Kini dia taasub untuk mencari Harta Hantu yang tersembunyi. Masalahnya, tiada sesiapa percaya akan kewujudan hantu, bukan? Betul, bukan? Haiwan lain mungkin perlu dipujuk agar percaya tetapi bak kata orang, kalau sudah lihat barulah percaya.

Dalam permainan, terdapat pelbagai acara. Setiap acara akan dibuka kunci pada titik penting dalam kisah.

  • Peti Semangat
    Lengkapkan tahap Teka-teki 3 Padanan untuk membuka kunci ganjaran!
    Dibuka kunci pada Babak 1

  • Tradisi Sirna
    Menangi tahap Teka-teki 3 Padanan untuk mendapatkan semula buku Perpustakaan Burung Serindit. Dapatkan semula buku dengan memenangi tahap dengan cubaan paling kurang.
    Dibuka kunci selepas Babak 4

  • Gegas Gila-gila Skit
    Menangi pelbagai tahap Teka-teki 3 Padanan tanpa henti pada percubaan pertama anda untuk memperoleh bonus ketika permulaan tahap. Teruskan menang untuk mengekalkan kemenangan berterusan anda! Kekalahan pada sebuah tahap akan menyebabkan anda kehilangan kemenangan berterusan anda dan perlu bermula semula dari awal.
    Dibuka kunci selepas Babak 7

  • Perlahan-lahan
    Menangi pelbagai tahap Teka-teki 3 Padanan tanpa henti pada percubaan pertama anda untuk memperoleh bonus ketika permulaan tahap. Teruskan menang untuk mencapai titik semakan dan mengekalkan kemenangan berterusan anda! Kekalahan pada sebuah tahap akan menyebabkan anda jatuh ke titik semakan yang sebelumnya.
    Dibuka kunci selepas Babak 8

  • Puncak Shatterhorn
    Peroleh mata dengan melepasi tahap Teka-teki 3 Padanan. Semakin kurang cubaan anda, semakin banyak mata anda peroleh!
    Dibuka kunci selepas Babak 11

  • Kunci & Mangga
    Lepasi tahap Teka-teki 3 Padanan untuk memperoleh kunci. Gunakan kunci untuk membuka peti dan memperoleh ganjaran!
    Dibuka kunci selepas Babak 18

Ingin mengetahui ketahui lebih lanjut tentang Wild Things: Animal Adventures? Lawati halaman Sokongan Permainan.

Artikel Berkaitan