Too Hot to Handle: Love Is a Game - Soalan Berkaitan Cara Bermain

Kebuntuan di tengah-tengah permainan? Tertanya-tanya cara bermain? Mempunyai pertanyaan tentang tetapan dalam permainan? Berikut ialah jawapan untuk soalan lazim berkaitan cara bermain.

Kemungkinan spoiler berikut.

Anda juga boleh mencari soalan lazim tentang cara bermain dalam permainan tersebut. Semasa bermain, ketik Settings > Tutorials untuk melihat senarai topik cara bermain yang tersedia.

Tukar penampilan atau nama avatar
Pilih jenis bentuk badan, warna kulit, nama dan kata ganti nama anda daripada skrin Avatar Creation pada permulaan permainan. Setelah membuat pilihan, avatar dan nama anda tidak boleh ditukar dalam sesi permainan yang sama. Jika anda mahu menukar avatar dan nama anda, mulakan semula permainan dengan memilih tab Seasons dan mengetik butang Restart Season.

Tindakan mengetik butang Restart Season akan memadamkan semua perkembangan semasa anda!

Tukar rambut, pakaian atau aksesori
Rambut, pakaian dan aksesori anda boleh ditukar dengan kerap sepanjang permainan. Untuk menukar rambut, pakaian atau aksesori pada bila-bila masa, pergi ke buku gaya peribadi anda. Klik kad profil anda di bahagian SEASON 1 CAST pada tab Home dan pilih ikon suai khas di sudut atas kanan. Selepas mengesahkan dan menyimpan gaya anda, gaya tersebut akan dipaparkan dalam permainan dengan serta-merta.

Tukar statistik personaliti
Berbeza dengan penampilan anda, anda tidak perlu memilih jenis personaliti anda pada permulaan permainan. Sama ada anda memilih personaliti Sweet, Naughty, Agreeable atau gabungan ketiga-tiganya, pilihan adalah di tangan anda! Tingkatkan statistik personaliti melalui pilihan statistik yang ingin anda tingkatkan.

Emoji dengan nama rakan peserta
Emoji bersebelahan nama rakan peserta anda merupakan jenis personaliti dominan mereka: Sweet, Agreeable atau Naughty

Menapis calon kekasih
Anda boleh bercinta dengan semua kekasih tanpa mengira jantina. Pilih rakan peserta yang anda suka dalam permainan untuk menjalinkan hubungan yang lebih mendalam.

Meter perhubungan
Meter perhubungan menunjukkan tahap keakraban anda dengan rakan peserta anda. Meter ini boleh menunjukkan status percintaan anda dengan kekasih anda atau status persahabatan anda dengan rakan peserta yang tidak bercinta dengan anda.

Tingkatkan hubungan dengan rakan peserta lain
Anda boleh merapatkan hubungan dengan rakan peserta lain dengan membuat pilihan tertentu dalam permainan. Sesetengah pilihan akan meningkatkan meter perhubungan anda, manakala pilihan lain tidak mengubah apa-apa. Anda tidak akan kehilangan mata yang telah anda peroleh.

Lana
Lana ialah peranti AI suara interaktif yang sentiasa mengawasi peserta, memberi anda arahan sepanjang percutian dan memastikan anda berterus terang tentang kesilapan anda untuk menggalakkan hubungan bermakna yang melampaui mata kasar.

Pelanggaran peraturan
Lana sentiasa memerhati. Jika anda melanggar peraturan, wang akan ditolak daripada wang hadiah sepunya. Pilihan yang akan melanggar peraturan dalam permainan akan terdapat tanda seru di sebelahnya. Jika anda memilih untuk berkelakuan nakal, pastikan anda bersedia untuk menanggung akibatnya!

Mendapatkan wang
Walaupun anda melanggar beberapa peraturan, anda berpeluang untuk menebus kesalahan anda kemudian. Jika anda lulus ujian terakhir daripada Lana yang paling sukar, dia mungkin memberi anda ganjaran dengan mengembalikan sebahagian daripada wang yang ditolak kepada wang hadiah! Pastikan anda nantikan peluang tersebut!

Tukar pakaian atau gaya rambut untuk janji temu
Gaya rambut dan pakaian anda boleh disesuaikan sepenuhnya sebelum janji temu anda. Anda juga boleh menggayakan pasangan janji temu anda. Perubahan yang anda buat bersifat sementara dan hanya akan bertahan sepanjang janji temu tersebut, jadi ciptalah gaya sambil berseronok!

Tanda janji temu berjalan lancar
Setelah janji temu bermula, meter janji temu akan dipenuhi hati apabila anda membuat pilihan yang betul. Mata cinta daripada meter janji temu akan ditambahkan kepada meter perhubungan anda apabila janji temu berakhir, maka ambil peluang ini untuk merapatkan hubungan dengan salah seorang rakan peserta anda!

Jam tangan bertukar hijau
Jika Lana mendapati bahawa anda mempunyai ikatan yang bermakna dengan salah seorang rakan peserta anda, dia mungkin akan menghidupkan lampu hijau pada jam tangan anda. Jika hal itu berlaku, semua peraturan dan larangan berasmara tidak lagi terpakai. Pastikan anda berseronok sepuas hati!

Pencapaian yang dilengkapkan muncul semula
Sesetengah pencapaian memerlukan anda melakukan tindakan tertentu beberapa kali untuk dilengkapkan. Semak tab Achievements. Pencapaian dengan berbilang tahap akan menyenaraikan lebih daripada satu ikon trofi. Semakin banyak pencapaian, semakin besar ganjarannya – maka teruskan mengumpul trofi tersebut!

Mendapatkan mata wang dalam permainan
Mata wang dalam permainan atau Charisma diperoleh dengan bermain permainan dan mengumpul pencapaian. Setiap kali pencapaian dilengkapkan sama ada bagi satu tahap atau keseluruhan pencapaian, anda akan diberikan mata Charisma. Semak tab Achievements anda secara kerap untuk mengumpulkan mata Charisma anda. Bilangan mata Charisma yang anda peroleh dipaparkan di sudut atas kanan tab Achievements. Gunakan Charisma untuk membuka kunci kandungan kisah bonus.

Kandungan bonus
Kandungan bonus boleh diakses melalui kad profil peserta di bahagian SEASON 1 CAST pada tab Home. Ketik salah satu kad profil, kemudian ketik butang Bonus Scenes di bahagian bawah kad. Kandungan bonus dibuka kunci mengikut perkembangan anda dalam permainan dan boleh dibeli dengan mata Charisma. Dapatkan mata Charisma dengan mengumpul pencapaian dan lihat dunia di balik tabir peserta kegemaran anda!

Memulakan semula babak
Jika anda ingin memulakan semula babak, ketik tab Seasons, kemudian ketik butang Restart Season.

Tindakan mengetik butang Restart Season akan memadamkan semua perkembangan kisah semasa anda, termasuk penampilan tersuai anda dan status perhubungan dengan rakan peserta anda.

Melangkau kandungan yang telah dibaca
>Setelah anda melengkapkan keseluruhan musim, anda boleh menggunakan ciri langkau untuk mengakses kandungan yang belum dibaca dengan pantas, melengkapkan beberapa penamat lain dalam permainan atau mengalami detik kegemaran anda semula. Ketik dan tahan di mana-mana bahagian pada skrin untuk mundar laju. Ciri langkau akan berhenti secara automatik pada semua pilihan, janji temu dan juga parti, maka anda mempunyai maklumat yang mencukupi untuk membuat keputusan yang betul.

% Ringkasan pilihan pada skrin CHAPTER RECAP
Tanda % bersebelahan setiap pilihan menunjukkan peratusan pemain yang memilih jawapan tertentu. Pilihan jawapan anda diserlahkan dalam warna hijau. Semak peratusan lain untuk membandingkan pilihan anda dengan pemain lain.

Ingin ketahui lebih lanjut tentang Too Hot to Handle: Love Is a Game? Lawati halaman Sokongan Permainan.

Artikel Berkaitan