Cara mendaftar keluar daripada peranti

Gunakan halaman Urus Akses dan Peranti untuk mendaftar keluar daripada satu atau semua peranti atau untuk melihat peranti didaftar masuk yang baru-baru ini aktif pada akaun.

Jika anda mempunyai langganan aktif tetapi tidak mempunyai akses kepada peranti yang ingin anda daftar keluar:

  1. Pergi ke halaman Urus Akses dan Peranti.

  2. Ketik atau klik anak panah ke bawah di sebelah peranti yang ingin anda daftar keluar.

  3. Pilih Daftar Keluar.

Perhatian:

  • Peranti mungkin mengambil masa hingga 48 jam untuk dipaparkan pada halaman ini.

  • Bukan semua peranti yang mendaftar masuk ke akaun akan ditunjukkan, termasuk peranti yang tidak aktif dalam masa 90 hari yang lalu, hanya digunakan untuk bermain permainan Netflix atau hanya digunakan untuk mengakses Tudum.

  • Maklumat lengkap mungkin tidak ditunjukkan untuk semua peranti.

Jika anda ingin mendaftar keluar daripada semua peranti yang didaftar masuk ke akaun anda:

  1. Pergi ke halaman Urus Akses dan Peranti.

  2. Di bahagian bawah halaman, ketik atau klik Daftar Keluar daripada Semua Peranti.

  3. Ketik atau klik Daftar Keluar untuk membuat pengesahan.

Perhatian:

  • Peranti mungkin mengambil masa hingga 48 jam untuk dipaparkan pada halaman ini.

  • Bukan semua peranti yang mendaftar masuk ke akaun akan ditunjukkan, termasuk peranti yang tidak aktif dalam masa 90 hari yang lalu, hanya digunakan untuk bermain permainan Netflix atau hanya digunakan untuk mengakses Tudum.

  • Maklumat lengkap mungkin tidak ditunjukkan untuk semua peranti.

Pergi ke halaman Urus Akses dan Peranti untuk melihat senarai peranti dengan aktiviti penstriman terkini pada akaun anda.

Anda juga boleh melihat maklumat tambahan tentang setiap peranti, termasuk:

  • Jenis peranti

  • Profil terkini yang digunakan untuk melakukan penstriman pada peranti

  • Tarikh dan masa Terakhir ditonton

Perhatian:

  • Peranti mungkin mengambil masa hingga 48 jam untuk dipaparkan pada halaman ini.

  • Bukan semua peranti yang mendaftar masuk ke akaun akan ditunjukkan, termasuk peranti yang tidak aktif dalam masa 90 hari yang lalu, hanya digunakan untuk bermain permainan Netflix atau hanya digunakan untuk mengakses Tudum.

  • Maklumat lengkap mungkin tidak ditunjukkan untuk semua peranti.

Jika anda berpendapat seseorang menggunakan akaun anda tanpa kebenaran anda, lihat Cara menghentikan seseorang daripada menggunakan akaun anda.

Artikel Berkaitan