Anda merupakan watak utama dalam kisah interaktif yang berdasarkan rancangan dan filem popular Netflix. Kisah cinta, drama, muslihat — takdir manakah yang akan jadi pilihan anda?
Perihal permainan
Platform: Telefon & tablet Android, iPhone & iPad
Kategori permainan: Cerita Interaktif
Bilangan pemain: Pemain tunggal
Main di luar talian: Tidak
Simpanan awan: Ya
Klasifikasi kematangan kandungan: Lihat Google Play Store atau App Store
Bahasa: Inggeris (AS), Perancis, Jerman, Itali, Portugis (Brazil), Sepanyol (Castil), Sepanyol (Amerika Latin)
Pembangun: Boss Fight Entertainment, sebuah studio permainan Netflix
Cara muat turun
Untuk bermain, anda perlu memasang permainan pada peranti anda terlebih dahulu. Anda memerlukan:
Peranti yang serasi:
Telefon atau tablet Android yang menjalankan Android 8.0 atau lebih baharu
iPhone dengan iOS 16 atau lebih baharu
iPad dengan iPadOS 16 atau lebih baharu
Langganan Netflix yang aktif
Sambungan Internet untuk memuat turun dan memasang permainan
Ruang storan yang mencukupi pada peranti anda
Telefon & tablet Android
Daripada apl Netflix
Apl Netflix menyertakan baris Permainan Mudah Alih pada skrin utama dan pintasan Permainan di bahagian atas.
Pada skrin utama dalam apl, tatal ke bawah untuk mencari baris Permainan Mudah Alih atau ketik pintasan Permainan.
Perhatian:Baris Permainan Mudah Alih atau pintasan Permainan tidak dipaparkan? Pastikan anda mempunyai versi apl Netflix yang terkini. Lihat Cara mengemas kini apl Netflix pada peranti Android anda.
Ketik pada permainan, kemudian ketik Dapatkan Permainan. Play Store akan dibuka.
Ketik Pasang.
Bergantung pada tetapan permainan dan peranti anda, skrin Kebenaran mungkin dipaparkan. Pilih Terima.
Permainan akan dimuat turun dan dipasang. Apabila selesai, pilih Buka.
Setelah permainan dipasang, anda boleh membuka permainan daripada baris Permainan Mudah Alih atau pintasan Permainan dalam apl Netflix. Anda juga boleh mengetik ikon permainan tersebut pada skrin utama peranti anda atau dalam laci apl.
Permainan akan dilancarkan. Ketik ikon Profil dalam permainan jika anda ingin menukar kepada profil lain dan mula bermain!
Daripada Play Store
Anda juga boleh mencari permainan dalam Google Play Store.
Buka Play Store dan cari permainan mengikut nama atau lihat semua permainan Netflix yang tersedia.
Pilih permainan daripada hasil carian dan ketik Pasang.
Jika digesa, ketik Teruskan, kemudian daftar masuk menggunakan alamat e-mel dan kata laluan akaun Netflix anda
Pilih profil Netflix anda dan mula bermain!
Permainan mungkin tidak dipaparkan dalam profil jika tetapan kematangan yang ditetapkan bagi profil tersebut lebih rendah daripada klasifikasi kematangan permainan atau jika peranti anda tidak serasi dengan permainan.
iPhone & iPad
Apl Netflix menyertakan baris Permainan Mudah Alih pada skrin utama.
Pada skrin utama dalam apl, tatal ke bawah untuk mencari baris Permainan Mudah Alih.
Perhatian:Baris Permainan Mudah Alih tidak dipaparkan? Pastikan anda mempunyai versi apl Netflix yang terkini. Lihat Cara mengemas kini apl Netflix pada iPhone, iPad atau iPod touch.
Ketik pada permainan, kemudian ketik Dapatkan Permainan atau Mainkan Permainan.
Ketik Dapatkan atau ikon Awan pada sepanduk App Store.
Permainan akan dimuat turun dan dipasang. Apabila selesai, ketik Buka.
Setelah permainan dipasang, anda boleh membuka permainan daripada baris Permainan Mudah Alih dalam apl Netflix atau dengan mengetik ikon permainan tersebut pada skrin utama peranti anda.
Daripada App Store
Anda juga boleh mencari permainan dalam App Store.
Buka App Store dan cari permainan mengikut nama atau lihat semua permainan Netflix yang tersedia.
Pilih permainan daripada hasil carian dan ketik Dapatkan atau ikon Awan.
Jika digesa untuk log masuk, ketik Seterusnya, kemudian masukkan alamat e-mel dan kata laluan akaun Netflix anda. Pilih Log masuk.
Pengeluaran kisah baharu
Apabila tarikh tepat bagi pengeluaran kisah baharu tersedia, tarikh tersebut akan disenaraikan dalam apl pada ikon kisah. Pada tarikh itu, babak pertama yang boleh dimainkan akan tersedia selepas 4:00 PM UTC (11:00 AM EST). Dayakan pemberitahuan semerta bagi apl untuk mengetahui waktu kisah sedia untuk dimainkan!
Tarikh tepat bagi pengeluaran babak seterusnya akan disenaraikan pada halaman butiran kisah. Pada tarikh itu, babak yang baharu akan tersedia selepas 4:00 PM UTC (11:00 AM EST). Dayakan pemberitahuan semerta bagi apl untuk mengetahui ketersediaan.
Soalan berkaitan cara bermain
Semak laman sokongankami untuk mendapatkan jawapan bagi soalan lazim berkaitan cara bermain atau untuk mendapatkan sokongan lanjut.
Penyelesaian Masalah/Isu
Menghadapi masalah berkaitan permainan? Berikut ialah penyelesaian yang boleh anda cuba untuk masalah umum.
Permainan ranap, beku atau tiada respons
Jika permainan anda berhenti berfungsi atau ditutup secara tiba-tiba:
Tutup permainan dan apl lain yang sedang berjalan pada peranti anda, kemudian cuba lagi.
Mulakan semula peranti anda, kemudian cuba lagi.
Semak dan pasangkan kemas kini permainan yang tersedia, kemudian cuba lagi.
Masalah prestasi atau visual permainan
Jika prestasi permainan anda tidak memuaskan, tersekat-sekat atau paparan tersentak-sentak:
Masalah bunyi atau kelantangan permainan
Jika anda tidak mendengar apa-apa bunyi atau kelantangan terlalu rendah:
Semak tetapan kelantangan atau bunyi peranti anda. Jika peranti anda mempunyai mod Dibisukan, Senyap atau Jangan Ganggu, pastikan mod tersebut dimatikan.
Jika permainan mempunyai tetapan bunyi berasingan, semak sama ada bunyi dihidupkan dan kelantangan ditingkatkan.
Jika peranti anda disambungkan kepada pembesar suara atau fon kepala menggunakan Bluetooth, cuba matikan dan hidupkan semula Bluetooth.
Jika bunyi tersekat-sekat:
Mesej atau kod ralat permainan
Jika anda menerima salah satu ralat ini, rujuk artikel yang berkenaan di bawah untuk melihat langkah penyelesaian masalah.
Ralat Netflix NGP-9
Ralat Netflix NGP-57
Ralat Netflix NGP-88
Ralat Netflix NGP-92
Ralat Netflix NGP-6002
Ralat Netflix 7006
Jika anda menerima mesej atau kod ralat yang berlainan, hubungi kami melalui pautan hubungi kami pada bahagian bawah artikel ini.
Perkembangan permainan hilang atau item permainan hilang
Jika perkembangan permainan anda hilang, simpanan permainan anda ditetapkan semula, item atau mata wang permainan hilang, hubungi kami melalui pautan hubungi kami pada bahagian bawah artikel ini.
Untuk soalan khusus tentang Netflix Stories atau sokongan pemain, semak laman sokongan kami.
Tidak menemukan sesuatu yang mahu anda cari? Semak artikel Main permainan pada peranti mudah alih.