Pengesahan e-mel

Apabila mendaftar untuk Netflix, kami mungkin menghantar e-mel yang meminta anda mengesahkan alamat e-mel anda. Pengesahan alamat e-mel anda membantu untuk memastikan akaun anda lebih selamat dan terkini.

Ketik atau klik butang Sahkan E-mel dalam e-mel tersebut untuk melengkapkan proses.

Jika anda cuba mengesahkan e-mel anda tetapi pautan tamat tempoh, ketik atau klik Hantar Pautan pada skrin ralat untuk menghantar e-mel pengesahan yang baharu.

Menambahkan dan mengesahkan e-mel pada Profil sekunder

Apabila e-mel ditambahkan pada profil, mereka akan diminta untuk mengesahkan e-mel mereka sebelum mendaftar masuk. Mereka boleh membuat pengesahan dengan memasukkan kod 6 digit yang dihantar kepada e-mel mereka.

Setelah disahkan, mereka boleh mendaftar masuk ke profil mereka daripada mana-mana peranti yang disokong.

Cara memilih untuk menerima pengesahan e-mel

Jika anda tidak menerima e-mel semasa membuat pendaftaran dan anda mahu memilih untuk menerima pengesahan e-mel, ikut langkah yang berikut:

  1. Pergi ke bahagian Keselamatan pada akaun anda.

  2. Pilih E-mel.

  3. Pilih Hantar Pautan.

  4. Ketik atau klik Sahkan E-mel dalam e-mel yang kami hantar kepada anda.

Artikel Berkaitan