Cara mengawal Netflix pada TV anda menggunakan telefon

Untuk menggunakan telefon anda bagi mengawal Netflix pada TV anda, gunakan Mod Pendamping.

  • Semak imbas Netflix dan cari rancangan TV dan filem untuk ditonton

  • Gunakan pintasan untuk pergi ke Rancangan TV, Filem, Baharu & Popular dan Senarai Saya pada TV anda

  • Mainkan, jeda, mandir dan mundar laju kandungan atau pergi ke episod lain

  • Tukar tetapan main balik anda, seperti bahasa dan sari kata

Mod Pendamping ialah pengalaman beta yang tersedia untuk sekumpulan kecil ahli yang mempunyai versi terkini apl mudah alih Netflix yang dipasang pada telefon Android atau iPhone dan menonton Netflix pada TV atau peranti penstriman TV. Untuk menyemak sama ada akaun anda disertakan dalam beta, buka apl mudah alih Netflix dan cari ikon Mod Pendamping pada penjuru kanan sebelah atas skrin.

Sambungkan peranti anda dan gunakan Mod Pendamping

  1. Buka Netflix pada telefon dan juga TV anda.

    • Pastikan anda log masuk ke akaun Netflix yang sama pada kedua-dua peranti.

  2. Pada bahagian atas sebelah kanan apl mudah alih, ketik Mod Pendamping.

  3. Ketik Sambung kepada TV.

  4. Pilih TV atau peranti penstriman TV anda.

  5. Jika digesa, pilih profil yang mahu digunakan. Untuk menggunakan Mod Pendamping, kedua-dua peranti perlu dilog masuk ke profil yang sama.

Anda akan melihat mesej pada kedua-dua peranti yang menyatakan sambungan berjaya dibuat. Selepas anda menyambungkan telefon dan TV anda sekali, peranti tersebut akan disambungkan secara automatik pada masa hadapan apabila Netflix dibuka pada kedua-dua peranti itu dan menggunakan profil yang sama.

Cara mengetahui telefon anda disambungkan kepada TV:

  • Ikon Mod Pendamping pada bahagian atas sebelah kanan apl mudah alih akan diserlahkan .

  • Anda akan melihat “Disambungkan kepada TV” dan nama TV pada bahagian bawah skrin anda serta selepas mengetik ikon Mod Pendamping.

Untuk memutuskan sambungan telefon yang disambungkan:

  1. Pada bahagian atas sebelah kanan apl mudah alih, ketik Mod Pendamping.

  2. Ketik Putuskan sambungan.

Anda akan melihat pemberitahuan pada penjuru kanan sebelah atas TV anda bahawa telefon yang anda gunakan pada masa ini telah diputuskan sambungan.

Telefon turut akan diputuskan sambungan secara automatik jika anda menutup apl Netflix pada TV atau telefon anda atau jika anda mematikan TV anda.

Perhatian:Telefon anda mungkin masih menunjukkan bahawa telefon disambungkan selama beberapa minit selepas anda menutup Netflix pada TV anda.

Selepas membuat sambungan pada kali pertama, telefon dan TV anda mungkin disambungkan secara automatik apabila Netflix dibuka pada kedua-dua peranti itu dan menggunakan akaun yang sama.

Penyelesaian masalah

Kebanyakan peranti yang lebih baharu disokong.

Pastikan peranti dikemaskinikan. Jika anda tidak pasti tentang cara mengemaskinikan perisian sistem pada peranti anda, semak manual pemilik anda atau hubungi pengeluar.

Memerlukan Android 7 atau versi lebih baharu dan versi apl Netflix yang terkini daripada Google Play Store. Lihat Cara mengemaskinikan apl Netflix pada peranti Android anda.

Memerlukan iOS 16 atau versi lebih baharu dan versi apl Netflix yang terkini daripada App Store. Lihat Cara mengemaskinikan apl Netflix pada iPhone, iPad atau iPod touch.

Pastikan sistem operasi anda adalah yang terkini. Mod Pendamping memerlukan Android 7 atau versi lebih baharu dan versi apl Netflix yang terkini daripada Google Play Store. Lihat Cara mengemaskinikan apl Netflix pada peranti Android anda.

Pastikan sistem operasi anda adalah yang terkini. Mod Pendamping memerlukan iOS 16 atau versi lebih baharu dan versi apl Netflix yang terkini daripada App Store. Lihat Cara mengemaskinikan apl Netflix pada iPhone, iPad atau iPod touch.

Jika Netflix menyatakan "TV tidak ditemukan" selepas mengetik ikon Mod Pendamping pada telefon anda, pastikan TV dan telefon anda didaftar masuk ke akaun Netflix yang sama dan Netflix dibuka pada kedua-dua skrin, kemudian cuba lagi. Anda juga mungkin perlu memulakan semula apl Netflix pada TV anda dan memasang semula apl Netflix pada peranti mudah alih anda.

Jika anda memiliki berbilang TV dengan model yang sama, skrin Sambung kepada TV mungkin menunjukkan senarai aksara semasa menyambungkan peranti selain nam/model TV anda. Semak lalu senarai TV tersebut sehingga anda menyambung kepada TV yang mahu anda kawal. Anda akan melihat mesej pada TV anda yang menyatakan sambungan berjaya.

Hanya satu telefon boleh disambungkan kepada TV melalui Mod Pendamping pada satu-satu masa. Penyambungan telefon baharu akan memutuskan sambungan peranti lain.

Jika sesetengah kawalan Mod Pendamping pada telefon anda tidak berfungsi selepas menyambungkan peranti anda, mulakan semula apl Netflix pada TV anda, kemudian cuba lagi.

Kebanyakan TV dan peranti penstriman TV akan berada dalam status melahu buat sementara waktu selepas dimatikan kuasa. Atas sebab ini, Mod Pendamping mungkin ditunjukkan sebagai bersambung untuk tempoh masa tertentu sehingga peranti dimatikan kuasa sepenuhnya.

Apl Netflix mungkin berada dalam status melahu apabila TV anda dihidupkan, walaupun apl tidak digunakan buat masa ini. Atas sebab ini, Mod Pendamping mungkin akan terus menunjukkan prom untuk penggunaan.

Artikel Berkaitan