Netflix menyatakan ‘Peranti ini bukan sebahagian daripada Isi Rumah Netflix anda’

Peranti ini bukan sebahagian daripada Isi Rumah Netflix anda

Mesej ini bermakna Netflix tidak dapat mengaitkan peranti anda dengan Isi Rumah Netflix anda.

Jika anda mendaftar masuk ke Netflix pada peranti yang bukan sebahagian daripada Isi Rumah Netflix anda, anda boleh mencipta akaun untuk menyelesaikan masalah ini.

Jika anda mendaftar masuk ke TV yang merupakan sebahagian daripada Isi Rumah Netflix anda tetapi melihat ralat ini, maka anda perlu mengesahkan bahawa TV yang anda gunakan merupakan sebahagian daripada Isi Rumah Netflix anda. Untuk berbuat demikian, anda perlu mengesahkan peranti anda.

Sahkan bahawa TV anda merupakan sebahagian daripada Isi Rumah Netflix anda

  1. Apabila digesa pada TV anda, pilih Sahkan Peranti

  2. Pilih Hantar E-mel atau Hantar SMS.

  3. Ikut arahan dalam e-mel atau SMS yang diterima.

  4. Setelah disahkan, pilih Teruskan ke Netflix pada TV anda.

Artikel Berkaitan