Cara menyemak keserasian peranti untuk pengalaman dengan iklan

Anda boleh menggunakan apl Netflix pada TV atau peranti penstriman TV anda untuk menyemak sama ada peranti anda berfungsi dengan pengalaman dengan iklan.

Jika anda mendaftar masuk ke Netflix:

  1. Pergi ke skrin utama Netflix dan tekan butang kembali pada alat kawalan anda untuk mengakses menu.

  2. Jika menu terletak di bahagian atas: Pergi ke sebelah kiri ikon profil anda, pilih Dapatkan Bantuan, kemudianKeserasian Pelan.

    Jika menu terletak di sebelah kiri: Di bahagian bawah, pilih Dapatkan Bantuan, kemudian Keserasian Pelan.

Jika anda tidak mendaftar masuk:

  1. Buka apl Netflix.

  2. Di bahagian bawah kiri, pilih Dapatkan Bantuan, kemudian Keserasian Pelan.

Beberapa perkara untuk diambil perhatian

  • Jika peranti anda tidak memaparkan pilihan Keserasian Pelan, maka peranti tersebut tidak boleh digunakan dengan pengalaman dengan iklan.

  • Sebilangan kecil peranti tidak berfungsi dengan pengalaman dengan iklan Netflix kerana apl Netflix atau sistem operasi peranti tidak boleh dikemas kini kepada versi perisian yang menyokong iklan.

  • Jika anda melanggan pengalaman dengan iklan, anda tidak akan dapat menggunakan TV anda sebagai paparan untuk kandungan Netflix yang dimainkan pada peranti mudah alih anda (melalui pancaran atau pencerminan).

Artikel Berkaitan