Ralat Netflix 1018

Jika anda menerima kod ralat 1018 berserta dengan mesej ini:

Main balik tidak dapat dimulakan. Jika masalah berterusan, sila mulakan semula peranti anda dan cuba lagi. (1018).

Hal ini bermaksud maklumat pada peranti anda perlu disegar semula. Ikut langkah ini untuk menyelesaikan masalah.

Tablet with power icon indicating turn off process

  1. Matikan telefon atau tablet anda. Pastikan peranti dimatikan, bukan hanya dikunci.

  2. Hidupkannya semula.

  3. Cuba Netflix sekali lagi.

Jika anda mengosongkan data apl Netflix anda, mana-mana rancangan TV dan filem yang anda muat turun pada peranti anda akan dialih keluar Anda juga akan didaftar keluar daripada akaun anda. Pastikan anda mempunyai kata laluan anda.

  1. Cari apl Netflix pada peranti Android anda.

  2. Ketik dan tahan ikon apl, kemudian ketik Maklumat apl.

  3. Ketik Storan & cache > Kosongkan storan > OK.

  4. Cuba Netflix sekali lagi.

Perhatian: Langkah sebenar mungkin berbeza bagi peranti anda. Semak manual peranti anda atau hubungi syarikat pengeluar peranti tersebut untuk mendapatkan arahan terkini.

Jika anda menyahpasang Netflix, mana-mana rancangan TV atau filem yang anda muat turun pada peranti anda akan dialih keluar. Anda juga akan didaftar keluar daripada akaun anda. Pastikan anda mempunyai kata laluan anda.

  1. Daripada telefon atau tablet Android anda, buka halaman Netflix di Play Store.

  2. Ketik Nyahpasang, kemudian Pasang.

  3. Cuba Netflix sekali lagi.

Langkah ini mungkin mengalih keluar apl, data atau tetapan yang disimpan pada peranti anda. Sebelum anda meneruskan proses, pastikan anda menyediakan nama dan kata laluan Wi-Fi anda serta maklumat pendaftaran masuk Netflix.

Untuk menyelesaikan masalah ini, anda perlu menghubungi syarikat yang mengeluarkan peranti anda.

Semasa anda bercakap dengan mereka, minta bantuan mereka bagi langkah-langkah ini. Selepas setiap langkah, cuba Netflix sekali lagi untuk menyemak jika langkah tersebut dapat menyelesaikan masalah.

  1. Kemas kini perisian tegar atau perisian peranti anda kepada versi terkini.

  2. Pulihkan peranti anda kepada tetapan asal, sepertimana anda mula-mula mendapat peranti tersebut.

Jika mereka tidak dapat menyelesaikan masalah atau langkah ini tidak berjaya, anda perlu menggunakan peranti lain untuk menonton Netflix.

Kami sedang menyiasat masalah ini. Untuk membantu kami membuat siasatan, hubungi kami.

Artikel Berkaitan