Ralat Netflix NW-4-8
Anda mungkin menerima kod ralat NW-4-8 dengan mesej ini:
Tidak dapat menyambung kepada Netflix. Sila cuba lagi atau mulakan semula rangkaian rumah dan peranti penstriman anda.
Kod: nw-4-8
Ralat ini berlaku apabila terdapat masalah dengan data pada peranti anda atau sambungan rangkaian anda yang menghalang Netflix daripada berfungsi atau jika peranti anda tidak disokong lagi.
Anda mungkin menerima ralat ini jika versi apl Netflix atau perisian pada peranti anda tidak disokong lagi. Untuk menyemak jika peranti anda disokong:
Pada skrin ralat, pilih Butiran Lanjut > Peranti. Jika anda menerima ralat semasa menyemak rangkaian anda, tatal ke atas dan pilih Peranti.
Di bawah bahagian versi SDK atau versi Platform, semak versi yang dipaparkan di sebelah SDK:
Jika versi memaparkan 4.1.5 atau lebih lama, ini bermakna apl Netflix atau perisian pada peranti anda tidak menyokong keperluan teknikal terkini kami dan tidak boleh dikemas kini kepada versi yang disokong oleh pengeluar. Untuk mengetahui lebih lanjut, rujuk halaman kami tentang peranti yang tidak disokong. Untuk terus menonton Netflix, anda perlu menggunakan peranti lain yang disokong Netflix.
Jika versi memaparkan 4.1.6 atau lebih baharu, teruskan ke langkah penyelesaian masalah yang berikut.
Pergi ke skrin utama Netflix dan tekan butang kembali
pada alat kawalan jauh anda untuk pergi ke menu.Jika menu berada di bahagian atas: Pergi ke sebelah kiri ikon profil anda, pilih Dapatkan Bantuan, kemudian Daftar keluar, kemudian pilih Ya.
Jika menu berada di sebelah kiri: Pada bahagian bawah, pilih Dapatkan Bantuan, kemudian Daftar keluar dan pilih Ya.
Daftar masuk kembali dan cuba Netflix sekali lagi.
Jika peranti anda berada pada skrin ralat:
Pilih Butiran Lanjut.
Pilih Daftar keluar atau Tetapkan semula.
Daftar masuk kembali dan cuba Netflix sekali lagi.
Jika anda tidak melihat Dapatkan Bantuan atau Daftar keluar:
Tekan butang ini mengikut urutan ini menggunakan alat kawalan jauh anda: Atas, Atas, Bawah, Bawah, Kiri, Kanan, Kiri, Kanan, Atas, Atas, Atas, Atas.
Pada menu yang dipaparkan, pilih Daftar keluar, Tetapkan Semula atau Nyahaktifkan.
Perhatian: Jika anda mempunyai Apple TV, ikut langkah berikut untuk mendaftar keluar.
Cabut palam peranti anda daripada kuasa.
Tekan sekali butang kuasa pada peranti dan tunggu 1 minit, atau cabutkan palam peranti dan tunggu 3 minit.
Pasang semula peranti anda.
Hidupkan peranti anda dan cuba Netflix sekali lagi.
Matikan atau cabut palam pemain media penstriman anda.

Cabut palam modem anda (dan penghala wayarles anda, jika merupakan peranti yang berasingan) daripada kuasa selama 30 saat.

Palam masuk modem anda dan tunggu sehingga tiada lampu penunjuk baharu yang berkelip. Jika penghala anda berasingan daripada modem anda, palam masuk penghala anda dan tunggu sehingga tiada lampu penunjuk baharu yang berkelip.

Hidupkan semula pemain media penstriman anda dan cuba Netflix sekali lagi.

Jika anda telah menukar tetapan sambungan pada peranti anda, anda perlu menukar semula tetapan kepada lalai.
Tetapan tersebut mungkin termasuk:
Tetapan modem tersuai.
Rangkaian Persendirian Maya (VPN) atau tetapan perkhidmatan proksi.
Tetapan DNS tersuai.
Jika anda memerlukan bantuan untuk menukar tetapan ini, hubungi pengeluar peranti.
Setelah anda menetapkan semula tetapan tersebut, cuba Netflix sekali lagi.

Untuk mendapatkan isyarat yang lebih baik, anda boleh:
Alihkan penghala dan peranti anda agar lebih dekat antara satu sama lain. Jika boleh, letakkan di dalam bilik yang sama.
Alihkan penghala anda daripada peranti dan alatan wayarles lain.
Letakkan penghala anda di ruang terbuka dan bukan di atas permukaan lantai. Penghala mendapat penerimaan yang lebih baik apabila berada di atas meja atau rak buku.
Jika langkah ini tidak menyelesaikan masalah, hubungi penyedia perkhidmatan Internet (ISP) anda untuk mendapatkan bantuan penyelesaian masalah sambungan rangkaian.
ISP anda boleh:
Menyemak gangguan Internet di kawasan anda.
Menyelesaikan masalah penghala atau modem yang biasa dan tetapan rangkaian yang salah.
Memulakan semula atau menetapkan semula sambungan rangkaian anda.
Semasa bercakap dengan ISP anda, beritahu mereka:
Sama ada masalah hanya berlaku pada satu peranti atau peranti lain pada rangkaian yang sama.
Sama ada peranti anda bersambung menggunakan Wi-Fi atau menggunakan kabel secara terus.
Sebelum anda menamatkan perbualan dengan ISP anda:
Dengan menggunakan penyemak imbas, pergi ke fast.com untuk menguji kelajuan Internet dan sambungan anda secara terus ke Netflix.
Cuba mainkan Netflix sekali lagi untuk memastikan masalah sudah diselesaikan.
Pergi ke menu utama, kemudian pilih Tetapan.
Pilih Rangkaian > Sediakan Sambungan Internet.
Pilih jenis sambungan yang anda gunakan:
Bagi Gunakan Wi-Fi pilih Tersuai, kemudian pilih rangkaian Wi-Fi anda.
Bagi Gunakan Kabel LAN pilih Tersuai > Mod operasi.
Apabila anda meneruskan tetapan seterusnya, buat pilihan yang berikut:
Tetapan Alamat IP > Automatik
Hos DHCP > Jangan Tentukan
Tetapan DNS > Automatik
Pelayan Proksi > Jangan Guna
Tetapan MTU > Automatik
Pilih Uji Sambungan.
Cuba Netflix sekali lagi.
Jika langkah ini tidak menyelesaikan masalah, hubungi penyedia perkhidmatan Internet (ISP) anda untuk mendapatkan bantuan penyelesaian masalah sambungan rangkaian.
ISP anda boleh:
Menyemak gangguan Internet di kawasan anda.
Menyelesaikan masalah penghala atau modem yang biasa dan tetapan rangkaian yang salah.
Memulakan semula atau menetapkan semula sambungan rangkaian anda.
Semasa bercakap dengan ISP anda, beritahu mereka:
Sama ada masalah hanya berlaku pada satu peranti atau peranti lain pada rangkaian yang sama.
Sama ada peranti anda bersambung menggunakan Wi-Fi atau menggunakan kabel secara terus.
Sebelum anda menamatkan perbualan dengan ISP anda:
Dengan menggunakan penyemak imbas, pergi ke fast.com untuk menguji kelajuan Internet dan sambungan anda secara terus ke Netflix.
Cuba mainkan Netflix sekali lagi untuk memastikan masalah sudah diselesaikan.
Pada skrin Utama, pergi ke Tetapan
.Pilih Rangkaian > Tetapan > Sediakan Sambungan Internet.
Pilih jenis sambungan yang anda gunakan:
Bagi wayarles, pilih nama rangkaian Wi-Fi anda > Tetapan Lanjutan
Bagi berwayar, pilih LAN Berwayar > Tetapan Lanjutan.
Apabila anda meneruskan tetapan seterusnya, buat pilihan yang berikut:
Tetapan Alamat IP > Automatik
Hos DHCP > Jangan Tentukan
Tetapan DNS > Automatik
Pelayan Proksi > Jangan Guna
Tetapan MTU > Automatik
Pilih OK untuk menguji sambungan anda.
Cuba Netflix sekali lagi.
Kami sedang menyiasat masalah ini. Untuk membantu kami membuat siasatan, hubungi kami.
Tekan butang Guide pada alat kawalan anda.
Pergi ke Tetapan dan pilih Tetapan Sistem.
Pilih Tetapan Rangkaian.
Pilih rangkaian anda, kemudian pilih Konfigurasikan Rangkaian.
Pilih Tetapan DNS dan pilih Automatik.
Matikan dan hidupkan semula Xbox anda.
Cuba Netflix sekali lagi.
Jika langkah ini tidak menyelesaikan masalah, hubungi penyedia perkhidmatan Internet (ISP) anda untuk mendapatkan bantuan penyelesaian masalah sambungan rangkaian.
ISP anda boleh:
Menyemak gangguan Internet di kawasan anda.
Menyelesaikan masalah penghala atau modem yang biasa dan tetapan rangkaian yang salah.
Memulakan semula atau menetapkan semula sambungan rangkaian anda.
Semasa bercakap dengan ISP anda, beritahu mereka:
Sama ada masalah hanya berlaku pada satu peranti atau peranti lain pada rangkaian yang sama.
Sama ada peranti anda bersambung menggunakan Wi-Fi atau menggunakan kabel secara terus.
Sebelum anda menamatkan perbualan dengan ISP anda:
Dengan menggunakan penyemak imbas, pergi ke fast.com untuk menguji kelajuan Internet dan sambungan anda secara terus ke Netflix.
Cuba mainkan Netflix sekali lagi untuk memastikan masalah sudah diselesaikan.
Tekan butang Xbox untuk membuka Panduan.
Pada menu Profil & sistem, pilih Tetapan.
Pilih Umum > Tetapan Rangkaian > Tetapan Lanjutan > Tetapan DNS.
Pilih Automatik.